Monday, October 15, 2012

IKLAN JAWATAN PEMANDU KENDERAAN

IKLAN JAWATAN KOSONG
 (PEMANDU KENDERAAN)

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457


IKLAN JAWATAN KOSONG

1.       Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

2.       JAWATAN                                          :              PEMANDU  KENDERAAN
3.       GRED                                                    :           R3 / R6
4.       KLASIFIKASI PERKHIDMATAN     :            MAHIR / SEPARUH MAHIR / TIDAK MAHIR
5.       KUMPULAN PERKHIDMATAN     :              PELAKSANA  ( SOKONGAN )
6.       TARAF JAWATAN                            :              TETAP
7.       JADUAL  GAJI  ( JGMM )              :               P1  -  RM792.60  -             RM1610.99
                                                                          P2  -  RM840.80  -             RM1688.45
                                                                          P3  -  RM890.43  -             RM1767.76
8.       KELAYAKAN   :
(a)    i.      Tamat Darjah Enam  ( 6 ) Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan.

ii.     Memiliki Lesen Memandu Kelas  D / E / E1 / E2 /G / H / I berkenaan
 Yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan  ( JPJ ),
  Kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan  ( P ).
               iii.        Berkebolehan memandu,mengendali dan menyelenggara
                          kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
                                ( Gaji permulaan ialah pada  :  Gred  R3  )
                                Lesen D                               -              P1T3
                                Lesen  E / E1 / E2              -              P1T4
                                Lesen  F / H                         -              P1T5
                                Lesen  G /I                          -              P1T6
               
(b)   Berkebolehan bertutur  , membaca dan menulis dalam bahasa malaysia
dengan baik.
9.            UMUR
Calon bagi lantikan hendaklah berumur
a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.
b) Tidak lebih dari 45 tahun pada tarikh lantikan.

10.          BORANG PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS,Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

11.          ALAMAT PERMOHONAN
Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-
Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.

12.          TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 20 Oktober2012. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

13.          DOKUMEN SOKONGAN
Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

Thursday, October 04, 2012

RESEPI ROTI KISMIS (paling simple cara Ennor)

assalamualaikum.....

heheheh macam lama suda sya nda post cerita simpangsiur baru ni kan?hahahha 

oke kali ni saya post resepi la kunun ni...ni pun atas permintaan kawan2 di FB..sya ada buat roti kismis so sya pun upload gambar di FB tau2 kawan2 di FB minta resepi la pulak....
Jadi untuk nda menghampa kan kawan2 sya tu sya tunaikan permintaan diorang....


Bahan-bahan:
1 cawan air suam (suam kuku)
3 sudu besar minyak makan

1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur 
1 kilo tepung gandum (biasanya tak habis di gunakan)
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
100 g kismis campuran (dried mixed fruits)

2 cawan air

Cara membuat:
1.       Rendam yis kering kedalam air suam tadi air biar suam kuku jangan telalu panas dan jangan terlalu lama nanti yis akan 'mati' dan tepung nda kembang.
2.       Dalam mangkuk pengadun, masukkan air,minyak makan, garam,gula dan yis yang direndam tadi. Gaul sampai sebati. Bila sudah sebati masukkan tepung sedikit dulu kemudian masukkan telur, pukul sebati sambil tambah tepung perlahan-lahan.
3.       Sambil mengadun tu (saya guna manual ja maksud saya guna tangan, memang messy sikit tapi disini kita dapat tahu segebu mana adunan ni) tambah kismis tadi dan tepung sedikit demi sedikit. Sehingga tepung tidak melekat di tangan tapi tidak terlalu keras.
4.       Adunan tepung tadi tu biar tidak melekat di tangan kalau masih melekat tambah lagi tepung. Biarkan kembang dalam setengah jam. Bila sudah kembang jangan lupa kita tumbuk2 doh tadi buang angin. Pastu kembangkan balik dalam setengah jam.
5.       Jangan terlalu lama kembang, lepas setengah jam, bolehlah masak dalam oven 180ºc selama 15-20 minit. Sampai warna keperangan, ada bau roti tu..yang buatkan anak2 sedang tengok tv pun boleh datang kedapur tengok apa mak masak..heheheh


oke selamat mencuba dan semoga berjaya....

Pesan EPZ: (Tips) setiap kali nak buat kuih seperti Bun, Pau, donut (kuih gelang),piang/cempiang..biarkan ia kembang sebelum di masak (lepas bentuk atau isi intinya) baru la dia lembut..  

Wednesday, September 26, 2012

Canon PhotoMarathon Malaysia 2012 is here!

Assalamualaikum.....

Hai apa kabar semua!!!

Nah sepa yang ada Kamera Canon? Meh semua meh semua kita pigi jenjalan ambik gambar.......Klik! Klik!

Di bawah ni flyers dia..... kita jumpa di sana!!!!!

Email not displaying correctly? View it in your browser.


  SEPTEMBER 2012

cpm2012 prizes.jpg

CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2012

The region's largest photo competition returns to Malaysia with two unforgettable expense-paid tickets to Hungary* up for grabs. Join thousands in the unique photo competition that challenges participants to create photographic masterpieces in line with assigned themes - under time pressure.

datetime.jpg

Online Registration before 30 Sept 2012 : RM 30 (non-member) | RM 25 (member)
Walk-in Registration on event day : RM 35 (member & non-member)

**Non-member - Partcipants who are NOT holding any membership of EOSWORLD.CANON. COM.MY, EBC, or CPS as at 30 September 2012. 
**Member - Participants who are holding the membership of  EOSWORLD.CANON.COM.MY, EBC, or CPS as at 30 September 2012.
**Membership refers to approved applications and exclude applications which are under processing. 
**All collected fees will be donated to the Malaysian Association for the Blind (MAB).


More info of Canon Photomarathon Malaysia 2012. 
 

partners04.jpg

Canon Marketing (M) Sdn. Bhd.
Block D, Peremba Square, Shah Alam
T: 03 7844 6000
E: digitaleos_cmm@cmm.canon.com.my
  You're receiving this newsletter because you've subscribed it at eosworld or when entering one of our contests.
Unsubscribe me from this list
Connect with us: Facebook Twitter Youtube




Tuesday, September 18, 2012

CUEPACS HARAP KERAJAAN BERI BONUS TERBAIK KEPADA PENJAWAT AWAM

Bernama
10/9/2012

KOTA BAHARU, 9 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus yang terbaik kepada anggota perkhidmatan awam pada Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen 28 Sept ini.

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata sebelum ini CUEPACS memohon kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dan pihaknya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempertimbangkan perkara tersebut berdasarkan kemampuan kerajaan.

"Dalam sejarah, kita tidak pernah dapat dua bulan bonus. Bonus terbaik yang pernah diberi kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam ialan bonus sebulan gaji iaitu pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita pada Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini Ahad.

Omar berkata penjawat awam wajar memperoleh bonus terbaik memandangkan transformasi yang dilakukan di jabatan dan agensi kerajaan yang melonjakkan prestasi dan kecekapan mereka melaksanakan tanggungjawab.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mencadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya memberi nama baru kepada jawatan yang berkaitan dengan pembantu seperti pembantu pertanian, pembantu pegawai tadbir dan pembantu juruteknik.

-- BERNAMA
Sun