ini lah anak2 sya. Ira, Nurul, Edil, Hana dan Fikri.
Gambar ni diambil masa kami sekeluarga (Nazri belum lahir lagi)
jalan2 melawat ke Pusat Aquarium & Marin UMS
(Universiti Malaysia Sabah)
Assalamualaikum....
hari ni mau cerita apa yang anak saya cerita kelmarin (hari ahad)....
hmm di mana mau mula aaa...
oke la... kelmarin masa sya kasik ayun baby Nazri, sya dengar anak saya yang tiga orang (siapa lagi Ira, Nurul dan Edil) tu sedang bercerita di bilik anak2 perempuan....tiba-tiba si Nurul marah... sya pun nda tau apa yang dia marah...mungkin kena sakat oleh diorang yang lain.
Ira : Nurul jangan marah bha....
Nurul : *masih tarik muka ketat-ketat*
Edil : Alaaa kak... Nonon (nama manja Nurul) masih marah.. kikikiki
Nurul : *Jeling Edil tajam-tajam*
(saya intai-intai dekat pintu mau tengok gelagat diorang)
Ira : Alaaaaa tau! bha bha meh sini sya kasik cerita sebuah kisah... heheheh :)
*lepas Ira tarik napas dalam-dalam, dia pun memulakan cerita dia....*