Monday, November 23, 2015

Bila si Ira Mengarang cerita untuk adik-adiknya.

ini lah anak2 sya. Ira, Nurul, Edil, Hana dan Fikri. 
Gambar ni diambil masa kami sekeluarga (Nazri belum lahir lagi)
jalan2 melawat ke Pusat Aquarium & Marin UMS 
(Universiti Malaysia Sabah)

Assalamualaikum....

hari ni mau cerita apa yang anak saya cerita kelmarin (hari ahad)....
hmm di mana mau mula aaa...

oke la... kelmarin masa sya kasik ayun baby Nazri, sya dengar anak saya yang tiga orang (siapa lagi Ira, Nurul dan Edil) tu sedang bercerita di bilik anak2 perempuan....tiba-tiba si Nurul marah... sya pun nda tau apa yang dia marah...mungkin kena sakat oleh diorang yang lain.

Ira : Nurul jangan marah bha....
Nurul : *masih tarik muka ketat-ketat*
Edil : Alaaa kak... Nonon (nama manja Nurul) masih marah.. kikikiki
Nurul : *Jeling Edil tajam-tajam*

(saya intai-intai dekat pintu mau tengok gelagat diorang)

Ira : Alaaaaa tau! bha bha meh sini sya kasik cerita sebuah kisah... heheheh :)

*lepas Ira tarik napas dalam-dalam, dia pun memulakan cerita dia....*


Pada satu hari ada 3 orang adik beradik, mula-mula diorang main-main... terus yang adik no 2 marah-marah... jadi yang kakak pun kasik cerita pasal 3 ekor anak singa yang sedang bermain, tengah anak-anak singa itu bermain anak singa no 2 tu pula marah dan mengamuk tapi yang anak singa no 1 satu itu dapat pujuk dengan menceritakan kisah 3 ekor anak zirafah... anak-anak zirafah itu sedang minum air lepas itu anak zirafah yang no 3 itu tertolak anak zirafah no 2 termasuk dalam air anak zirafah no 2 itu pun marah-marah sama anak zirafah no 3, tapi anak zirafah no 1 pigi pujuk anak zirafah no 2 dengan menceritakan pasal anak kucing adik beradik 3 ekor. Di mana anak-anak kucing itu sedang berkejar kejar.. tengah anak-anak kucing itu main kejar-kejar anak kucing no 2 itu terlanggar kaki bangku terus dia pening dan marah-marah tapi anak kucing yang no 1 itu dapat pujuk sambil bercerita pasal 3 ekor anak badak yang sedang mandi, tengah anak-anak badak itu mandi, anak badak no 3 tersondol anak badak yang no 2, terus anak badak no 2 itu marah sambil mengejar anak badak no 3 itu, anak badak yang no 1 pigi pujuk terus mengisahkan pasal 3 anak raja yang sedang main bola, tapi anak raja yang no 2 itu tidak dapat jaringkan gol terus dia marah duduk tepi padang datang anak raja no 1, lalu dia pun bercerita tentang anak petani yang 3 orang sedang main tepi telaga sedang bermain anak petani yang no 2 itu tersadung batu lalu jatuh tapi dia tuduh adik dia yang no 3 tu yang tolak dia... anak petani yang no 1 itu pun pujuk adik dia dengan menceritakan sebuah kisah jauuuh di Sabah ada sebuah rumah yang ada 3 orang adik beradik dimana kakaknya sedang bercerita tentang cerita ini......Tamat... sekian cerita sya....

terus adik-adiknya pun ketawa,saya yang dari tadi sedang kusyuk dengar si Ira bercerita tidak sedar anak sya yang no 4 dan 5 suda datang dari rumah nenek diorang yang sebelah rumah saja... diorang pun ikut dengar yang si Nurul dan Edil ketawa-ketawa dari tadi sebab kakak diorang asyik ulang-ulang saja jalan cerita cuma watak saja yang berlainan... hahahaha

*Hoh! penat saya menaip nasib baik watak sikit saja kalau dia sambung lagi aksik panjang sya akan taip sini pendek saja hahahah

Pesan EpZ : Ini lah nasib kami anak beranak, hujung minggu di rumah saja sebab ayahnya bekerja....  -_-

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun