Assalamualaikum w.b.t
hai.. Ennor jalan2 dalam blog post Ennor dan Ennor perasan tahun 2018 langsung tiada post dari Ennor pula kan? Tahun 2017 pun nda banyak.
Kenapa Ennor tiada pos di blog tahun 2018? Sebab tahun tu Ennor sakit.. ya sakit selama satu tahun.
Ennor mula sakit dalam selepas Raya Aidilfitri la seingat Ennor. Tapi rasanya sebelum tu Ennor dah mula sakit. Sakit badan, lemas, cepat penat dan sentiasa mau tidur.
Selama Ennor bekerja 17 tahun sangat jarang Ennor cuti sakit, kalau setakat batuk selesma dan demam sikit Ennor kuatkan diri untuk pergi kerja.Selagi ada kudrat bergerak Ennor tetap pergi kerja.
Tahun 2018 selepas raya semuanya bermula. Ennor pergi kerja macam biasa badan rasa sangat lemas, selera makan pun kurang. Makan tengahari dengan kawan2 pun sikit saja. Sampai, Kak Ita (kawan seopis Ennor) tegur Ennor,
Kak Ita : Eh Zurah (nama Ennor di Opis) Selalunya banyak ko makan, sejak balik kerja ni kakak tengok kurang sudah ko makan ni.
Ennor : entah la kak, macam cepat betul sya kenyang mungkin sebab puasa tu kan? perut jadi kecil..hahaha (sempat lagi ennor berseloroh)
Di sana la bermulanya sakit Ennor semakin menjadi jadi... Ennor sebenarnya terkenal dengan kuat makan dan ramai rakan2 sehospital ni jealous Ennor kuat makan tapi tak pandai gemuk2.
Ennor rasa sakit belakang menjalar sampai kaki. Mulanya Ennor sangka salah posisi tidur sampai sakit belakang. Kalau malam memang Ennor sentiasa kepanasan walaupun musim hujan.
Tapi waktu siang Ennor cepat kesejukan, tak tahan dengan sejuk aircond di tempat kerja. Makin lama Ennor rasa sakit di pangkal paha makin teruk.Bila Ennor cek,ada benjolan di situ.
Mula2 Ennor sangka bengkak biasa saja.. tapi makin lama makin sakit sampai Ennor jalan mengheret kaki kiri. Makan ubat tahan sakit pun tiada kesan. Akhirnya Ennor jumpa doktor dan doktor bagi ubat tahan sakit yang lagi kuat beserta ubat sapu saja.
Tiga hari selepas tu Ennor jumpa lagi doktor yang lain tapi masih di klinik staf, Dr. Avinash KPP hospital kami. Dia cek, malu juga la bila doktor lelaki cek kita tapi sebab sudah terlampau sakit tu semua Ennor tak fikir pasal malu dah. Alaaa masa masuk wad bersalin dulu pun sama juga hehehe.
Di pendekkan cerita, doktor tu marah sebab Ennor lambat pi jumpa dia padahal dia sentiasa ulang alik ke opis dan bertegur sapa. Petang tu juga dia rujuk Ennor ke Klinik Pakar Pembedahan dan hari yang sama Ennor admit wad. uhuhuhu... Ennor di sahkan mengidap penyakit tb atau Tuberculosis.
Okelah nanti Ennor sambung cerita masa di wad apa yang Ennor buat. Sampai jumpa lagi.
Pesan EpZ : Ennor dah biasa tahan sakit sampai kena marah kawan di opis terutama si Rizal tu, siapa suruh tahan2 tu sakit nah sekarang kena tahan di wad.
Mudah2an beransur sembuh
ReplyDeleteSemoga terus kuat dan diberi kesembuhan. Aaminn
ReplyDelete