Friday, December 30, 2011

Bapa Kejam Rantai 2 Anak Di Dalam Tandas Dan Biar Kebuluran


BUTTERWORTH – Seorang bapa tergamak memperlakukan dua orang anaknya yang berusia dua dan enam tahun seperti anjing apabila bertindak mengikat kaki kiri mereka dengan rantai besi di dalam tandas rumahnya.

 Pasangan adik-beradik itu ditinggal seharian oleh bapa mereka ketika dia keluar bekerja dengan alasan anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah.

 Perbuatan lelaki berusia 40-an yang tidak berperikemanusiaan itu terbongkar apabila kedua-dua beradik tersebut menjerit dan menangis kelaparan pada pukul 6 petang kelmarin kerana mereka tidak diberikan makanan oleh bapa mereka.

 Jeritan kedua-dua beradik itu membongkar perbuatan kejam bapa mereka selepas jiran-jiran yang tinggal di kawasan rumah kedai dua tingkat itu memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

 Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah tersebut di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini dan menemui seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama adik lelakinya berumur dua tahun dalam keadaan menyayat hati.

 Ketika ditemui pada pukul 8.45 malam, kedua-dua beradik itu yang diikat dengan rantai dan dikunci dengan mangga besi hanya memakai baju-T serta seluar dalam di dalam tandas.

 Ketika diselamatkan, bapa kanak-kanak tersebut yang bekerja sebagai buruh tiada di rumah kerana keluar bekerja sejak pukul 3 petang kelmarin, manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.

 Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri.

 Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias berkata, seorang penduduk yang mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak itu cuba membantu mangsa tetapi malangnya pintu rumah tersebut dikunci dari luar.

Kata EPZ : ada kawan2 saya cakap..bapa tu kedekut nak cari penjaga.
                 Ada yang cakap apa salahnya minta tolong dengan jiran sebelah tankkan tiada jiran yang faham dengan situasi si bapa.
                Bagi saya memang tak patutla si bapa buat macam ni..anak2 saya pun nakal juga 5 orang lagi.... yang penting keselamatan sekeliling 
                yang perlu dititik berat. 

Cara Menjimatkan Kredit Telepon Walau Pun Hari Hari Digunakan


Assalamualaikum Semua.. Apa khabar semua? Hari nie nolove terfikir cara macam mana nak jimatkan kredit anda walaupun anda selalu gunakan setiap masa dan tak kira jam.. Ternyata ujikaji nolove memang berhasil.. Dan ia memang menjimatkan kredit anda, tapi hanya tuk bersms je lah..

Bab bab bergayut,Yahoo Messenger lah jawapannya.. siap boleh nampak muka lagi.. ekekekeke..Ok kita berbalik pada jimatkan kredit tuk bersms lak.. Nolove dapat agak semua orang tak tahu lagi cam mana nak jimatkan kredit tuk bersms sepanjang masa dan x kira waktu..

Tak kira la pagi ke, petang ke, atau pon malam... Memang jimat beb.. Senang cita korang daftar la fon korang dengan facebook nie.. Suruh pakwe korang add korang kat facebook dan bagi permulaan mesej dengan mengunakan chat anda.. Kalau korang tak buat ikut chat korang, nanti korang akan post kat wall nanti... hihihihihi.. nanti semua orang leh baca.. hha hha hha..

Nolove tak tipu, memang ianya boleh menjimatkan kredit anda.. walaupun berapa banyak korang main mesej dengan rakan anda atau pun pakwe korang, Rm1 je seminggu.. Jikalau korang nak bikin cara nie, korang clik je dekat sini. Tapi kena on facebook dulu baru boleh bikin.. Ingat tu.. Lepas tu korang ikuti lah arahan yang dibagi oleh facebook.. Semoga korang berjaya.. Jikalau korang Tak faham, boleh la tanya nolove melalui komen dibawah..

https://www.facebook.com/settings?tab=mobile

Kata EPZ: copy paste dari 
http://alkisah-nolove.blogspot.com/2011/12/cara-menjimatkan-kredit-telepon-walau.html

APA??? Panda Memakan Bangkai Kijang???



Sebahagian orang beranggapan bahawa Panda adalah seekor haiwan yang hanya makan tumbuhan saja. Namun gambar dari kamera infra merah ini menujukkan seekor beruang yang terkenal dengan warna putih hitamnya ini  mengunyah bangkai seekor kijang.


Foto dari kamera infra merah ini diambil di Ping Wu, barat daya  Sichuan, China, menunjukkan bahawa Panda kadang-kadang memakan daging untuk memenuhi keperluan proteinnya.



Menurut World Wildlife Fund yang dikutip Mail Online, Panda memiliki sistem pencernaan  karnivora dan akan makan daging jika tersedia, namun telah beradaptasi ke pola makan vegetarian.

Kerana sistem pencernaan karnivora, Panda hanya mendapatkan sedikit energi dan protein dari bambu, sehingga ia harus makan setidaknya 14kg setiap harinya untuk tetap sihat. Serta perlu jutaan tahun hidup di hutan bambu untuk panda, untuk meningkatkan kemampuannya untuk mencerna selulosa dari bambu.

 
Kerana Panda merupakan haiwan yang lamban, maka tidaklah mungkin ia berburu haiwan yang gesit seperti kijang, dan kemungkinan Panda yang satu ini secara kebetulan menemukan bangkai haiwan tersebut di hutan.

Kata EPZ: PAnda Memang comel...wana hitam putih adalah warna misteri...Panda ni memang Misteri dan penuh kejutan... 
Sun