Thursday, August 11, 2011

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran 
Khas Prestasi bagi tahun 2011 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam 
Persekutuan bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjayakan 
pelaksanaan program pembangunan negara. Ini juga sebagai satu langkah untuk 
meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin 
meningkat.  Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan 
dan Profesional serta Kumpulan Sokongan manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar 2 
kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar Imbuhan Tahunan dan 
Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (½) bulan gaji atau 
minimum RM500.00.  

Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia. boleh la saya beli barang2 untuk anak2 saya..selain barang2 untuk raya, kuih raya..errr bahan2 utnuk buat kuih raya...hihihihi...



EPZ says: maklumla dah dua tahun terima duit raya RM500 jerr... saya masih ingat tahun 2009 terima RM500 tu...tapi saya gunakan untuk anak sya yang masuk wad dan beraya di hospital pada tahun 2009.
Sun