Tuesday, August 09, 2016

Cerita Nurul sebelum Pembedahan jantung.

<3 Assalamualaikum <3

Salam semua...
Apa khabar?
Lama oh Ennor nda post something dalam blog kan?

Ennor Minta maaf.. *tunduk hormat*

Oke hari tu Ennor janji nak ceritakan tentang kesihatan Nurul kan?

Sebelum ni memang Ennor banyak post pasal anak ke-2 Ennor si Nurul tu.

Boleh tengok senarai disini

Bila kenang balik pasal Nurul ni hati rasa sangat bersyukur sebab semuanya berakhir dengan selamat.
Walaupun getir Ennor dan keluarga hampir-hampir hilang harap, kami tetap tidak putus berdoa...

27/06/2016 - 
Pagi-pagi lagi Ennor dan husband bawa Nurul ke Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 untuk terima rawatan selepas dua minggu cuma bawa dia ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuaran tapi tindakan cuma ditahan di wad selama beberapa jam dan kemudian dibenarkan pulang. 
Sampai saja di kaunter pendaftaran saya bagitau pegawai sana keadaan anak saya dan apa penyakit dia. Pegawai tu terus tarik wheel chair dan bawa Nurul masuk ke Green Zone (separa kritikal). Saya disuruh untuk melengkapkan pendaftaran, selepas tu saya masuk kedalam memberikan borang kepada doktor. Pelbagai persoalan yang diajukan kepada saya dan saya menjawabnya dengan sedaya upaya. Nurul diberikan oksigen dan dipasangkan Cardiac Monitor untuk memantau keadaan jantungnya. denyutan sangat laju sehingga mencapai 130 beat/minute. Kemudian terpaksa masuk kerja (Ennor bekerja di hospital tu juga tapi bahagian kaunter) dan ayah Nurul yang menemani Nurul di sana. 

10am -  jururawat yang bertugas menghubungi saya melalui handphone dan bagitau yang Nurul akan di hantar masuk ke wad di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS). 

11.30 - pagi ayah Nurul telefon dan bagitau yang dia mengiringi Nurul ke HWKKS dengan ambulan. Dia suruh saya datang petang nanti. Hati ibu mana yang tenang tapi ayahnya ada menemaniNurul,  saya terpaksa bekerja. memandangkan cuti rehat pun sudah mencapai maksimum. Menurut ayah Nurul pelbagai soalan lagi doktor disana tanya ayah Nurul kenapa sudah tiga minggu Nurul tidak sihat baru kena bawa ke kecemasan. Jadi ayah Nurul pun bagitau yang kamiada bawa Nurul ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuaran tapi cuma di monitor beberapa jam dan dibenarkan pulang. Doktor pakar kanak-kanak cuma menggeleng dan rasa tidak puas hati sebab doktor di Tuaran tidak rujuk dengan mereka yang lebih pakar.

4.30 - petang pergi ke HWKKS dan jaga Nurul disana. Keadaan Nurul sangat lemah dan tidak bermaya asyik batuk saja. Doktor bagi IV drip (tambah air). Ennor bermalam di wad. Besok ayah Nurul akan menemani Nurul di wad dan saya kena kerja. Saya bagitau Nurul yang saya ken pergi kerja. Nurul senyum dan angguk. Macam hancur hati saya.Mau saja saya absent kerja tapi Nurul cakap "aku oke Bu, pigi lah kerja.. ada juga ayah kan? apa salah ayah yang kasi kawan aku sini selalu ibu saja" aduii anak ibu ni... memahami betul.

Oke ini hari pertama Nurul di wad.... Tarikh pembedahan Nurul pada 08/08/2016 dan pembedahan akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu. 

ermm... sampai sini dulu untuk hari ni aa nanti Ennor sambung lagi.

Pesan EpZ : Anak-anak adalah ibarat nyawa bagi ibu-bapa. Ibu bapa sanggup buat apa saja demi anak-anak lebih-lebih lagi melibatkan nyawa anak-anak. Ennor hairanlah ada ibubapa yang sanggup mendera anak dan membiarkan anak-anak kebuluran.
Sun