Tuesday, January 14, 2014

Hujan Kemarau...

Hujan! Kemarau!

Mana yang kita pilih?

Kemarau?
Kalau berpanjangan…susah.
Mau juga cari hujan
Merungut tidak cukup air
Merungut tidak cukup sejuk
Merungut suhu terlampau panas
Merungut, merungut, merungut…

Hujan?
Kalau hujan lepas kemarau
Semua orang bersyukur
Sekali sehari pun cukup bersyukur
Dua kali sehari nyaman
Tiga kali sehari dah mula merungut
Merungut tidak dpt keluar
Merungut tidak dapat buat aktiviti di luar
Kalau sepanjang hari hujan?

Termenung dari dalam rumah
Merenung keluar
Bertanya kenapa hujan belum berhenti?
Bertanya kemanakah sang mentari

Hujan? Kemarau?
Kemarau! Hujan!

Alam kita sentiasa berputar
Bersyukurlah hanya hujan dan kemarau
Kalau ada musim salji lagi?
fikir la sendiri….

Sun