Wednesday, December 30, 2015

Semalam Nurul Masuk Kecemasan lagi.

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat hari Selasa....

Maaf baru hari ni saya isi blog saya ni.

kalau tengok tajuk entri ni mesti kamu tau sudah kenapa dengan Nurul kan?
 Tahun 2009, Anak saya Nurul tu ada masuk wad* ICU di Hospital Wanita dan Kanak2 Sabah selama 1 minggu dan 2 minggu di wad biasa. Atas sebab dia di detect CRHD (Chronic Rheumatic Heart Disease). Semalam tu pula ayah dia bawa dia ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tuaran. Dia kena tahan di wad kecemasan selama beberapa jam sebab dia mengalami simptom tidak mahu makan dan menderita sakit ulu hati. Nurul cakap asal dia makan dia akan muntah, sekarang berat badan pun semakin turun saya ikut susah hati sebab ini. 

Sampai di kecemasan doktor bagi ubat Pantoprazole sama Nurul dan di tambah air (IV drip) sebab kekurangan cecair dalam badan. Apa tidak muntah saja dia balik-balik. Doktor hantar untuk ambil x-ray takut ada kebocoran dalam usus Nurul. Apa lagi saya dan husband tambah susah hati, takut cerita lama berulang. Arwah bapa mentua suffering Colon Carcinoma (kanser usus). 

Syukur Alhamdulillah x-ray menunjukkan Nurul bebas dari penyakit tu. Jam 1 pagi baru Nurul discaj dari wad kecemasan. Harap selepas ini Nurul sihat seperti biasa, bebas dari sakit perut dia.

*Cerita Nonon kena sakit jantung.

Pesan EpZ : Kalau anak sudah sakit kita sebagai ibu akan berdoa semoga anak cepat sembuh. Ada ibu mau kalau penyakit anak tu dia yang kena. saya tidak mahu macam tu, sebab kalau kita sakit siapa mau jaga anak kita kan? biarla tiada siapa yang kena penyakit. =_='
Sun