Wednesday, December 12, 2012

Cerita Zaman Kegemilangan Mamut Copper Mine (lagi)

Bila memerhatikan bukit...saya teringat di zaman kegemilangan Mamut Copper Mine atau lebih dikenali dengan nama MCM...ia adalah sebuah lombong tembaga terbuka dan terbesar di Asia tenggara. Tapi,bukan pasal lombong ini yang saya mau cerita...ianya pasal kawasan perumahan pekerja lombong nih. Penempatan Perumahan pekerja Mamut ini terletak lebih kurang 30 minit perjalanan dari pekan Ranau dan juga lebih kurang 30 minit juga dari Lombong tembaga ini.. bererti ianya terletak di tengah2 antara Pekan ranau dan Lombong tembaga mamut. Oleh Kerana lombong ini terletak berhampiran Gunung Kinabalu jadi bentuk muka buminya adalah berbukit....

Perumahan ini dikenali sebagai Kampung Kesiladan sebenarnya ia adalah tanah kampung yang disewa oleh syarikat perlombongan ini..ermm sori la yer saya tak ingat nama syarikat itu...tapi tak pa...saya sebenarnya nak menceritakan pengalaman2 pahit manis saya semasa saya membesar di Kampung Kesiladan atau penduduk sekeliling Pekan Ranau itu lebih mengenalinya dengan nama Batu Dua...ermm saya pun tak tahu kenapa di namakan Batu Dua? tak pa nanti saya tanya abah saya tentang itu...

Salah satu pengalaman yang saya sangat suka semasa di sana adalah sikap penduduknya yang suka tolong menolong antara satu dengan yang lain... gotong royong biasanya diadakan setiap kali ada perayaan di balai raya.contohnya menyambut tahun baru, Hari Pekerja yang disambut sekali dengan hari MCM,hari kaamatan, ulang tahun hari kemerdekaan dan macam2 lagi lah... pekerja dan semua ahli keluarga akan berkumpul di balairaya dan mengadakan gotong royong. lembu atau kerbau akan tumbang di sembelih oleh pekerja2 muslim, para ibu akan memasak...dan yang selebihnya akan menghias balairaya dan pentasnya...bak kata pepatah melayu 'ringan sama di jinjing, berat sama dipikul' para remaja dan kanak2 yang 'ringan tulang' pula tolong masukkan makanan di dalam 'tapau' polysterin....hehehe kalau di kenangkan kembali memang buat saya tersenyum sendirian. biasanya  acara pentas akan diadakan pada waktu malam...macam2 acara... paling 'fames' pertandingan menyanyi...time tu belum ada lagi ini karaoke masih guna 'live band' memang 'happening' la. 'time' ni jugala saya dan kawan2 saya yang masa tu masih budak2 akan melihat 'couple'2 yang tengah hangat bercinta akan bertemu muka...saya? alah... masa tu saya masih budak2 masih malu2 walaupun dalam hati masa tu..dah ada yang saya berkenan..Hohoho janganla cerita pasal tu kenen...
 
 

 
Haaa kalau bulan lima (Mei) pula.... kamu semua taukan apa 'event' yang ada di Sabah...eh! tentula Pesta Kaamatan...yang jatuh pada 30 dan 31 Mei setiap tahun....time ini lah yang paaaling meriah...di balairaya akan diadakan pelbagai acara...unduk ngadau dan pertandingan menyanyi memang wajib lah! tapi ada satukali ni acara paling di sukai ramai..iaitu pertandingan minum tapai....daaan mestilah para bapa2 yang biasa minum yang akan menyertainya...durang akan disediakan sebotol air tapai dalam 1.5liter ...durang minum tapai tu...bila tinggal separuh durang akan memakan sebiji telur rebus tapi telur rebus ni durang kena buka kulit dulu baru makan. habis makan telur sambung balik minum tapai yang separuh botol tadi tu sampai habis...sepa yang duluan habis ..di kira pemenangnya...dan malam tu saya ingat peserta caucasian yang menag hahha lucu juga la time tu...habis ja dia minum dia teriak "Haaaaa!!!!" sambil buang botol tu kebawah pentas...kamiurang budak2 yang dok bediri  tengok dibawah tu ketawa tengok muka pemenang tu merah padam hahhah mabuk kali dia tu tau...yang beberapa budak lelaki yang ada didepan pentas sikit lagi tekena tu botol mineral yang kena buang oleh caucasian tadi tu.... hahahha lawak pula bila sya ingat balik...

well ... rasanya ni saja la untuk hari ni .... kalau ada lagi yang sya teingat ingat time sya kecil2 dulu...sya akan post balik di sini...oke all Adios Amigos...!! Chau sin cheee ^_^*

Sun