Friday, December 16, 2011

Animasi Jepun Keluaran Studio Ghibili

Assalamualaikum!

Hai naah berjumpa lagi kita ni konon....
macam tajuk diatas...salah satu studio pengeluar animasi di Negara Jepun ialah Studio Ghibili website dia http://www.ghibli.jp/ web ni dalam tulisan jepun so, kena translate lah ke Bahasa yang korang faham.... tapi boleh juga p skodeng kat web ni http://www.studioghibli.net haaa yang ini ada link animasi2 yang di keluarkan oleh studio nih....

salah satu animasi yang paling saya suka ialah My Neighbour Totoro atau dalam Bahasa Jepun nya Tonari No Totoro... watak2 yang ada dalam ialah
Satsuki 11 tahun dan adiknya Mei Kusakabe bapa dorang seorang Profesor Antropologi di salah sebuah universiti di Jepun, mak diorang Satsuki dan Mei pula ditahan di wad kerana sakit....sakit apa? saya pun inda tau...diorang 3 beranak ni pulang kekampung..dekat rumah diorang ada satu pokok kayu yang saaaaaaanGAt BeSAR!!!...
Tanpa diorang tahu ada satu makhluk besar yang tinggal di dalam pokok tu bersama dua makhluk kecil yang serupa....
satu pagi masa si Satsuki pergi sekolah adik dia si Mei main2 di sekitar rumah bapa diorang pula sedang menyiapkan laporan atau tulis buku,....mungkinlah tu... tiba2 si Mei terjumpa makhluk kecil totoro ni..pastu dia ikut makhluk kecil ni sampai di pokok besar...maka, terjumpa la si Mei ni sama Totoro besar...sampai dia tetidur sama ni Totoro....
Bila kakaknya Satsuki pulang dari sekolah dia mencari adiknya si Mei...tapi tidak jumpa...dapatka dia dan bapanya menjumpai Mei semula? Apakah yang terjadi lepas tu? mesti kamu mahu tahu kan kesudahan dia?

saya sudah tingu....best tau cerita dia sesuai untuk budak2 juga....hehehehe

saya dapat DVD tu di kedai video Speedy.
sya bagi hint la supaya kamu dapat  bayangkan heheheh http://www.youtube.com/watch?v=eHWhL3ZOqVI klik ini link kamu terus dapat tingu dia punya traile dia.....hahahha enjoy yaaa
Sun