Salam semua hari ini terfikir pula nak upload gambar2... anak saya nama Nurul...
Tapi kebanyakan gambar ni gambar sewaktu dia masih sihat...masih tembam..dia paling suka pakai make up...gambar ni pun adik ipar saya yang ambil...dia pakaikan Nurul make up pastu snap gambar2 nurul ngan gelagat2 dia..heheheh suka saya tengok..ada banyak gambar tu...tapi yang lain tu biarla jadi simpanan peribadi kamiurang...
Gambar ni di ambil semasa raya tahun berapa ek? alaaa saya lupa hahah tu yang baju hijau si Nonon sebelah tu Kakak dia Nama Ira.
haaa yang ini time diorang kecik2 lagi belum sekolah lagi...dalam umur2/3 tahun, Nurul (baju Biru) dan Ira (baju putih)
Yang ini pula gambar di beranda rumah mak saya.. Nonon yang pegang kepala tu. Apa yang dia terhantuk tu..saya lupa daaa heheheh
Nurul di sahkan Doktor mengidap penyakit jantung di panggil CRHD (Chronic Rheumatic Heart Disease) yang menyebabkan 3 daripada 4 injap jantungnya rosak.
Pesan EPZ: post akan datang saya upload gambar2 dia semasa di ICU...