Friday, April 01, 2016

Pembedahan Jantung Nurul Bulan Ogos nanti.

<3 Assalamualaikum <3

Salam hari Jumaat semua.

Selamat pagi...

Kemarin (semalam) Ennor, hubby (yg chubby >.<), Nurul dan adik kecil dia si Nazri 
(terpaksa bawa sebab penjaganya kena pergi hospital)
berjumpa dengan doktor di klinik kardiotorasik HQE 2.

Perbincangan antara kami dengan doktor berjalan dengan penuh kemesraan.
Doktor tu mesra alam hehehe

Mula-mula dia terangkan fungsi jantung (walaupun kami sudah tau)
Kemudian dia terangkan injap jantung si Nurul yang rosak.
3 daripada 4 injapnya sudah rosak dan perlu diperbaiki (kalau dapat)

Ada beberapa pilihan untuk tukar injap ni. 
1. injap plastik / besi.
2. injap tisu (daripada tisu haiwan)

Tapi bagi umur Nurul (12 tahun) doktor cadangkan untuk perbaiki dulu injap dia, 
kalau takdapat barulah guna injap palsu. Tapi tidak guna tisu haiwan sebab injap 
daripada tisu haiwan hanya digunakan bagi pesakit yang berumur lebih dewasa saja.
Bagi Nurul digalakkan untuk perbaiki injap saja dulu.

Doktor cakap mula-mula mereka akan cuba baiki dulu injap Nurul dengan 
menambah satu alat yang di panggil 'ring' supaya injapnya dapat dirapatkan semula.
Kalau tidak dapat barulah akan dibuka dan ditukarkan dengan injap plastik.
Tapi selepas tukar injap plastik, pesakit perlu menjalani ujian kecairan darah
setiap hari dan memakan ubat pencair darah. Sampailah dos ubat pencair darah tu sesuai dengannya.

Kenapa perlu ubat pencair darah untuk pesakit yang sudah tukar injap?
(ini saya kongsikan sedikit daripada pengalaman saya sendiri yang pernah bekerja sebagai kerani di Klinik Kardiologi dulu)
Bagi pesakit yang sudah tukar injap, dia mesti datang ke hospital untuk menjalani ujian INR (international normalized ratio) untuk memastikan tahap kecairan darah. 
Supaya darah pesakit tidak terlalu pekat atau tidak terlalu cair.
Risiko darah pesakit kalau pekat boleh menyebabkan darah mengetul dan melekat pada injap.
Ini boleh menyebabkan pesakit terkena stroke.
Kalau darah pesakit terlalu cair pula, pesakit akan mengalami risiko pendarahan.
Darah boleh keluar melalui hidung, mata, gusi berdarah, telinga berdarah, darah luka lambat kering
dan pendarahan teruk bagi pesakit wanita yang datang haid.

Balik cerita pasal Nurul.
Kami sebagai ibu bapa mahu yang terbaik untuk dia, jadi kami setuju saja tanpa perlu mengambil masa panjang.
Sebab, memang sudah lama kami fikir tentang ni. Lagipun saya berpengalaman bekerja di Klinik Kardiologi selama 5 tahun. Ramai pesakit saya jumpa dari bayi sampailah yang dewasa, dari orang kampung sampai orang kenamaan. Semua mereka ni kebanyakkannya sudah menjalani pembedahan dan semuanya sekarang dalam keadaan sihat. Saya juga bertanya pendapat kawan-kawan di klinik tu, memang diorang suruh saja buat pembedahan tu.

Risiko? Pembedahan besar mana yang tidak berisiko? Semuanya berisiko. Kami cuma berserah saja nasib Nurul kepada Allah s.w.t, semoga Allah melindungi anak kami.

Pembedahan Nurul akan dilakukan pada awal bulan Ogos nanti InsyaAllah.... walaupun bulan September nanti adalah bulan UPSR dia. Tapi, kami tidak mahu ada risiko lain yang menimpa Nurul. Ubat dia macam biasa Enalapril, Frusemide, Penicillin (suntikan setiap 3 minggu) dan doktor tambah satu ubat lagi... 
viagra...?? Viagra?? farmasi cakap ini yang khas untuk jantung dia supaya tidak terlampau laju berdegup.
oooo.... hehehe

Okelah sampai disini saja update si Nurul. Sampai berjumpa lagi.

Pesan EpZ: Ibu bapa mana yang tidak mau tingu anak diorang sihat. Terima saja ketentuan ilahi.
Sun