Tuesday, September 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidiladha.

<3 Assalamualaikum <3

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Hari ni hari ke-2 raya..

Awal pagi kemarin (raya pertama) Ennor dan anak-anak menyambut Hari Raya Aidiladha secara sederhana. Itu pun di rumah mentua saja.

Awal pagi anak-anak mandi dan berbaju raya.

Comel-comel anak ibu.. ermm... waktu raya puasa hari tu tidak nampak diorang berbaju raya.
Nurul pun sama.. cantik dengan muka yang semakin membulat... hehehe

Minta maaf sangat sebab tiada gambar yang Ennor sempat ambil...
Insyaallah lain kali Ennor upload gambar anak-anak Ennor.

3 hari bercuti hujung minggu tu Ennor cuci kain yang mau dekat 20 kg... hahaha kalah kedai dobi. Terpaksa tambah tali jemuran.. huhu...Sambil mencuci sambil membebel. Anak-anak pompuan ni kadang-kadang boleh buat ibu naik angin...bukannya cuci kain guna tangan, masuk ja dalam mesin basuh pun... jangan ingat tv dan tidur saja... Ira-ira ni pun nanti tambah montok depan belakang... kih kih kih ... Muncung bibir Ira bila ibu membebel pasal memontokkan diri tu.

Petang pula tengah best baring-baring dengan anak-anak layan Mak Cun Pi New York...
Angin kuat melanda... apa lagi, Ennor dan anak Ennor si Ira tu kelam kabut gi angkat kain di jemuran.
 Lepas tu... bekalan elektrik pun terputus..... aishh nasib baik hujan.. tidak la panas sangat.
Ok lah... lebih kurang jam 5 macam tu ada karan balik... hehehe

Oke lah itu saja lah... cerita pasal raya aidiladha... tak buat apa-apa... budak-budak saja yang pergi beraya di rumah makcik pakcik atok nenek diorang.

Pesan EpZ : Alhamdulillah sebab dapat juga tengok anak-anak berbaju raya. Sebab masa raya aidilfitri hari tu langsung tak nampak. terutama si Nurul.

Raya pertama Nurul masuk dewan bedah lagi

<3 Assalamualaikum <3

Tengok tajuk di atas...
Mesti tertanya-tanya kenapa Nurul masuk dewan bedah lagi kan?

06/07/2016 - 
Hari Raya Aidilfitri 1 syawal 1436h. Anak-anak yang lain sudah bersiap  sedia. Ada yang berangan-angan mau ikut saya lawat Nurul di wad. Tapi wad adalah kawasan larangan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah. Untuk mengelakkan risiko anak-anak terkena jangkitan. Ayah Nurul pula terpaksa pergi kerja awal pagi lagi tapi dia standby kalau ada apa-apa.
Lebih kurang jam 10pagi, saya terima satu panggilan tidak terjawab dari HQE2 terpapar nombor telefon HQE2. Mula-mula saya sangka Nurul yang cuma cari kami. Saya tunggu lagi mana tau ada panggilan kedua. Tidak lama lepas tu ayah Nurul telefon bagi tau dia dalam perjalanan ke HQE2.
Saya bagi tau mak mentua tentang ni. Mak mentua terus bagitau saya kami perlu ke hospital segera. perjalanan dari Tuaran ke HQE 2 mengambil masa hampir sejam tanpa sebarang kesesakan. Alhamdulillah hari tu jalan raya agak lengang.
Sampai saja ke HQE 2 saya terus naik ke tingkat 8 tanpa tunggu mak mentua lagi. Jumpa ayah Nurul, dia dengan muka sedih bagitau Nurul perlu dimasukkan ke dewan bedah lagi... Ya Allah! Ujian apakah yang Engkau berikan kepada anak kecilku ini? Menurut ayah Nurul doktor bagi tau yang paru-paru kiri Nurul tidak berkembang dengan sempurna. Hasil dari ujian x-ray doktor dapati ada gumpalan darah dan mereka perlu buat ujian ultrasound untuk pastikan adakah ianya darah beku atau bukan. Darah beku!!???
Mak mentua menangis, saya hanya menahan sebak. Ipar saya cuba menenangkan perasaan mak mentua. Sedih ... Sekali lagi saya dan suami menandatangani borang kebenaran pembedahan dan transfusi darah.
Lebih kurang jam 3.40 Nurul di tolak masuk ke dewan pembedahan semula. Saya dan suami menunggu di lobi... oleh kerana hari ni hari raya pertama dan waktu melawat adalah dari jam 12.30 tengahari sehingga 7.30 malam. Keluarga dan saudara mara pesakit mengambil kesempatan melawat pesakit di wad. Silih berganti manusia yang datang melawat.Dalam hati sentiasa berdoa.
Jam 7.30 malam kami dipanggil oleh doktor pakar dan dia bagitau sebenarnya ianya bukan darah beku cuma darah lama dan lebihan air yang tidak terkeluar. Mereka menebuk satu lagi tiub di bahagian dada Nurul. Saya nampak Dr. Nurul ada datang melawat Nurul, dia sebenarnya sedang bercuti dan pernah berjanji akan datang melawat Nurul selepas pembedahan. Dr. Nurul berjumpa dengan saya "Mama, saya ada janji sama Nurul yang saya mau datang melawat dia nanti. Tapi nda sangka yang Nurul masuk OT (operation theatre) lagi. Ni hadiah untuk dia.." Dr. Nurul menyerahkan bakul kecil sama saya muka dia sedih, mesti dia pun tidak sangka perkara ni akan terjadi.
Malam tu kami suami isteri tidur dalam kereta saja.Parking depan hospital jenguk2 tingat 8... cakap sama suami "Bang, katil Nurul di siring (tepi) tingkap tu kan?" suami jenguk atas... lama kami tengok... macamlah si Nurul akan berdiri di tepi tingkap tu tengok kami.. huhu..

Nanti Ennor sambung lagi ya...
Wasalam...

Pesan EpZ : Anak2 penguat semangat... walaupun kita penat masa pulang dari kerja, penat dari segi mental dan fizikal... tapi dengar saja suara anak2 menyambut di muka pintu buat kita lupa semua masalah di tempat kerja.
Sun