Tuesday, September 13, 2016

Raya pertama Nurul masuk dewan bedah lagi

<3 Assalamualaikum <3

Tengok tajuk di atas...
Mesti tertanya-tanya kenapa Nurul masuk dewan bedah lagi kan?

06/07/2016 - 
Hari Raya Aidilfitri 1 syawal 1436h. Anak-anak yang lain sudah bersiap  sedia. Ada yang berangan-angan mau ikut saya lawat Nurul di wad. Tapi wad adalah kawasan larangan bagi kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah. Untuk mengelakkan risiko anak-anak terkena jangkitan. Ayah Nurul pula terpaksa pergi kerja awal pagi lagi tapi dia standby kalau ada apa-apa.
Lebih kurang jam 10pagi, saya terima satu panggilan tidak terjawab dari HQE2 terpapar nombor telefon HQE2. Mula-mula saya sangka Nurul yang cuma cari kami. Saya tunggu lagi mana tau ada panggilan kedua. Tidak lama lepas tu ayah Nurul telefon bagi tau dia dalam perjalanan ke HQE2.
Saya bagi tau mak mentua tentang ni. Mak mentua terus bagitau saya kami perlu ke hospital segera. perjalanan dari Tuaran ke HQE 2 mengambil masa hampir sejam tanpa sebarang kesesakan. Alhamdulillah hari tu jalan raya agak lengang.
Sampai saja ke HQE 2 saya terus naik ke tingkat 8 tanpa tunggu mak mentua lagi. Jumpa ayah Nurul, dia dengan muka sedih bagitau Nurul perlu dimasukkan ke dewan bedah lagi... Ya Allah! Ujian apakah yang Engkau berikan kepada anak kecilku ini? Menurut ayah Nurul doktor bagi tau yang paru-paru kiri Nurul tidak berkembang dengan sempurna. Hasil dari ujian x-ray doktor dapati ada gumpalan darah dan mereka perlu buat ujian ultrasound untuk pastikan adakah ianya darah beku atau bukan. Darah beku!!???
Mak mentua menangis, saya hanya menahan sebak. Ipar saya cuba menenangkan perasaan mak mentua. Sedih ... Sekali lagi saya dan suami menandatangani borang kebenaran pembedahan dan transfusi darah.
Lebih kurang jam 3.40 Nurul di tolak masuk ke dewan pembedahan semula. Saya dan suami menunggu di lobi... oleh kerana hari ni hari raya pertama dan waktu melawat adalah dari jam 12.30 tengahari sehingga 7.30 malam. Keluarga dan saudara mara pesakit mengambil kesempatan melawat pesakit di wad. Silih berganti manusia yang datang melawat.Dalam hati sentiasa berdoa.
Jam 7.30 malam kami dipanggil oleh doktor pakar dan dia bagitau sebenarnya ianya bukan darah beku cuma darah lama dan lebihan air yang tidak terkeluar. Mereka menebuk satu lagi tiub di bahagian dada Nurul. Saya nampak Dr. Nurul ada datang melawat Nurul, dia sebenarnya sedang bercuti dan pernah berjanji akan datang melawat Nurul selepas pembedahan. Dr. Nurul berjumpa dengan saya "Mama, saya ada janji sama Nurul yang saya mau datang melawat dia nanti. Tapi nda sangka yang Nurul masuk OT (operation theatre) lagi. Ni hadiah untuk dia.." Dr. Nurul menyerahkan bakul kecil sama saya muka dia sedih, mesti dia pun tidak sangka perkara ni akan terjadi.
Malam tu kami suami isteri tidur dalam kereta saja.Parking depan hospital jenguk2 tingat 8... cakap sama suami "Bang, katil Nurul di siring (tepi) tingkap tu kan?" suami jenguk atas... lama kami tengok... macamlah si Nurul akan berdiri di tepi tingkap tu tengok kami.. huhu..

Nanti Ennor sambung lagi ya...
Wasalam...

Pesan EpZ : Anak2 penguat semangat... walaupun kita penat masa pulang dari kerja, penat dari segi mental dan fizikal... tapi dengar saja suara anak2 menyambut di muka pintu buat kita lupa semua masalah di tempat kerja.

No comments:

Sun