Wednesday, November 02, 2016

Movie : Harmony -Korean Movie

<3 Assalamualaikum <3

Haluuu...

hari ni Ennor mau cerita satu lagi movie sedih...

Ni kali dari Korea.

Tajuk : Harmony
Duration : 1jam 55minit (lebih kurang la)
Genre : musical / sedih
Tarikh keluar : 2010
 Pelakun : tengok senarai DISINI 
Ennor bukan kenal sangat dengan pelakon-pelakon Korea ni. hehehe.

Oke Ennor cerita dari Ennor punya versi sendiri la ya...









Movie ni berlatar belakangkan kehidupan di dalam penjara wanita.
Pelakon utama di penjara selam 10 tahun atas tuduhan membunuh suaminya tanpa sengaja.
Masa tu dia tengah mengandung suami dia ni suka betul mendera. Hari-hari dia dera watak utama ni. Satu hari si isteri sudah tidak tahan dengan sakit didera dia melawan dan menolak suaminya. Suaminya jatuh diatas coffee table kaca dan tertusuk kaki tengah meja dan mati di tempat kejadian.
Watak utama tu pun dipenjara dan melahirkan anak semasa dalam tahanan.Dia dibenarkan membesarkan anaknya di dalam penjara. Bilik penjara yang menempatkan watak utama dan 3 lagi rakannya dihias seperti sebuah rumah.Demi anak tadi.
Pelbagai karenah yang terjadi dalam penjara tu. Gaduh, Gurau, suka duka macam-macam lagi lah.
Part yang betul-betul buat Ennor menangis.. bukan saja Ennor anak Ennor dan adik ipar pun ikut nangis.

Scene sedih yang bikin mengalir air mata.

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

<3 Assalamualaikum <3

Round-round di blog view ternampak lah satu tajuk ni dengan gambar miau dia yang bermuka sedih..

Alolo...sian miau...
tau -tau owner blog mohon meramaikan GA dia ni.
Oke lah Ennor pun join juga lah...

haa klik ni banner... 
Ennor tertarik dengan lipstick dia ni....

http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html 

Dalam GA ni kita kena follow blog, instagram dan twitter yang ada tu.
Ennor dah follow semua. 

Lepas tu dia suruh ceritakan pengalaman random kindness yang pernah kita buat...
hmmmm...... Ennor rasa macam banyak yang Ennor buat...
Tengah rewind balik mana satu yang betul-betul buat Ennor terkenang sampai sekarang...

RANDOM KINDNESS

Hari Khamis lepas masa pulang dari kerja hujan renyai-renyai.
Biasalah perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tuaran ambil masa lebih kurang 45 minit.
Itu pun kalau jalan tidak sesak. Kalau sesak ada sampai dua jam. huhuhu
Kami ni ikut jalan Sulaman ke Tuaran.
Limpas sikit Politeknik Kota Kinabalu tu ada satu bulatan simpang empat.Pada mulanya husband nak ikut jalan lurus iaitu simpang kedua dan direct ke Pekan Tuaran.
Masa tu memang banyak kereta ikut jalan tu. Mata saya ternampak ada satu kereta Myvi tersadai tepi jalan diantara simpang pertama (ke arah gerai-gerai kelapa bakar, Intan Sabah, Shangri-La's Rasa Ria Resort dan Tuaran) dan simpang kedua (jalan ke arah Kayu Madang -tempat pembuangan sampah dan jalan lama ke Pekan tuaran). Ada seorang beliau lelaki berdiri di tepi kereta dalam hujan renyai tu.
"eh? kenapa beliau ni? rosak kali kereta dia bang.cuba dulu tengok"
Terdetik hati nak tolong. Jam dah menunjukkan lebih kurang dekat-dekat 8 malam.
Pada masa yang sama suami pun memang terdetik nak tolong dia sudah pun pasang signal untuk berhenti. Kereta lain semuanya lalu begitu saja.
Suami buka jendela.
Mereka bercakap dalam bahasa Bajau Sama, Tapi Ennor translate dalam melayu saja la, sebab Ennor ni pun tidak mahir sangat. Faham tapi tak pandai cakap hehehe.
Pakcik : Nak, tolong dulu pakcik...
Suami : Kenapa pakcik? kenapa kereta pakcik?
Pakcik : Nda... kereta oke. Pakcik mau tanya, mana jalan mau pigi Tuaran?
Suami : Semua simpang ni memang jalan pigi Tuaran.yang ni pi kelapa bakar, yang ni tembus pi kayu madang terus pi rugading, yang ini tembus pi Telipok. Pakcik pulang mana juga?
Pakcik : Lok Batik...
Suami : naahh dekat saja tu pakcik, ikut jalan kelapa bakar ni terus sampai jambatan tinggi tu.
Pakcik : minta maaf lah nak, pakcik tesesat nda biasa ni tempat.
Suami : tidak apa pakcik, pakcik ikut saja kami di belakang kita jalan sama-sama.
Suami pun pusing roundabout tu dan tunggu pakcik di simpang kelapa bakar.Pakcik tu ikut saja dibelakang kami. Macam-macam dalam fikiran kami. Pakcik ni rabun ka? pakcik ni ada alzheimer ka?
Suami : bahaya juga pakcik ni kena suruh driving sendiri kalau ada alzheimer.
Saya : mungkin bukan Alzheimer bha tu... mungkin pakcik ni nda biasa jalan malam, tu sebab dia sesat.biasalah warga emas sudah kan.
Suami : mungkin juga.
Kami pun berhenti di depan Futsal Arena. Pakcik tu pun berhenti. Suami keluar jumpa pakcik tu. Pakcik tadi sangat berterima kasih sebab sampai di sini dia sudah tau. Rumah dia depan sikit saja lagi. Dia cakap dia tidak biasa dengan jalan di sini kalau malam, lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan. Syukurlah pakcik selamat. Rupa-rupanya anak pakcik ni salah seorang orang besar dalam Pertubuhan Peladang Tuaran. Bila suami sebut nama arwah bapa dia, berisghtifar pakcik tadi.
Pakcik : Pakcik kenal betul sama arwah bapa kamu nak.Kami rapat tu, arwah bagus betul sama semua orang masa dia hidup.
Tidak sangkakan? orang yang kita bantu rupanya sangat mengenali keluarga kita balik.
Itulah antara pengalaman Ennor dan suami tolong orang. Macam banyak tu tapi semuanya Ennor tak ingat. Kalau dah tolong orang, Ennor tak nak ingat sangat sebab ikhlas membantu.
  **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
 https://www.instagram.com/ennorzurah/
My IG

Pesan EpZ : kadang-kadang tak dapat join GA, bukan sebab tidak minat.Sebab.. jarang dapat on Fb heheheh
Sun