Assalamualaikum w.b.t
hai.. Ennor jalan2 dalam blog post Ennor dan Ennor perasan tahun 2018 langsung tiada post dari Ennor pula kan? Tahun 2017 pun nda banyak.
Kenapa Ennor tiada pos di blog tahun 2018? Sebab tahun tu Ennor sakit.. ya sakit selama satu tahun.
Ennor mula sakit dalam selepas Raya Aidilfitri la seingat Ennor. Tapi rasanya sebelum tu Ennor dah mula sakit. Sakit badan, lemas, cepat penat dan sentiasa mau tidur.
Selama Ennor bekerja 17 tahun sangat jarang Ennor cuti sakit, kalau setakat batuk selesma dan demam sikit Ennor kuatkan diri untuk pergi kerja.Selagi ada kudrat bergerak Ennor tetap pergi kerja.