<3 Assalamualaikum <3
Hai selamat petang...
Ennor tefikir nak buat satu entri...
Tentang kemahiran anak-anak.
Terutama anak-anak Ennor.
Ennor dan hsuband ada 6 orang anak 3 lelaki dan 3 perempuan.
Kemahiran diorang ni secara semulajadi dan juga dipelajari.
Hari ni Ennor cerita pasal anak perempuan saja dulu.
Anak pertama.
Jantina/umur : perempuan / 13 thn
Kemahiran / kebolehan : Melukis, memasak, mengemas rumah dan mengasuh.
Melukis ni bakat semulajadi dia. Kalau suruh saya melukis confirm hancur lukisan hahaha
Bakat dia ni mungkin diwarisi dari ayah dia dan juga neneknya (ibu saya). Di sekolah dia ikut English Drama Club dan ada watak dalam pertandingan antara sekolah.
Memasak, mengemas rumah dan mengasuh adik memang saya didik dari kecil.
Dia suka menolong di dapur semasa kecil dan sekarang ni dia pandai masak pelbagai jenis resepi.
Anak Kedua.
Jantina/umur : perempuan/12thn
Kemahiran / kebolehan : Memasak, mengemas rumah, menanam, melukis.
Sama juga dengan kakaknya berbakat dalam melukis. Suka memasak terutama nasi goreng, mengemas rumah pun dia suka buat terutama vaccum lantai hehehe. Menanam setakat ni dia tanam pokok mulberi dan sudah beberapa kali berbuah. Dia cakap dia mau tanam banyak-banyak supaya dia ada ladang mulberi. Suka hati ko la nak...
Dia ni juga mengidap penyakit jantung kronik dan akan dibedah pada bulan ogos ni.
Anak Keempat
Jantina : perempuan/8tahun
Kemahiran / kebolehan : masak, mengemas rumah, menyanyi dan 'dj radio'
Masak nasi saja lah dia boleh buat setakat ni, mengemas rumah dia paling suka mengelap habuk dan lipat kain. Sangat suka menyanyi saya suka dengar dia nyanyi lagu Jepun (Hanakage) dan suara dia pun merdu, mmm bila di ingat balik masa saya mengandung dia ni. Ayah dia suka betul pergi karaoke di K-box san center point. Dengan perut boyot saya dia bawa pegi masuk K-box tu. tapi saya tak berapa pandai menyanyi. 'Dj radio'..... hahaha kenapa saya cakap dia macam tu, sebab kalau dia sudah start bercerita tak akan berhenti punya ada-ada saja topik berbangkit dia ni sampai ayah dia cakap, bagus dia jadi dj radio untuk rancangan kanak-kanak.
Oke lah sampai sini saja dulu. nanti saya post pula pasal anak-anak lelaki saya ya...
Pesan EpZ: Anak-anak ni kalau diorang mau tolong kita buat kerja di dapur bagi saja. BAgi yang senang dulu, contohnya cuci piring (piring ringan), bancuh air minum (sejuk), atau petik sayur. Bila umur semakin meningkat kita ajarkan yang seterusnya.