Monday, August 08, 2011

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN

Petikan Utusan  Malaysia......

Promo Sisipan Mega U Beli
 

Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN

KOTA KINABALU 7 Ogos - Sabah bakal memiliki fasiliti perkhidmatan rawatan jantung yang lengkap dan canggih menjelang akhir bulan ini selepas kerja menaik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini siap sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek menaiktaraf bernilai RM76 juta itu menyaksikan HQE turut dilengkapi makmal rawatan jantung canggih, Cardiac Catheterisation (CATH Lab) yang bernilai RM5 juta.

"Peralatan yang ada di sini adalah setanding dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan CATH Lab adalah sama dengan CATH Lab IJN menjadikannya setaraf dengan IJN.

"Jadi saya harap dengan adanya satu hospital baru ini maka rakyat Sabah akan menikmati perkhidmatan rawatan sakit jantung yang lebih sempurna," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke HQE 2 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Yusof Ibrahim dan Timbalan Pengarah HQE 2, Dr. Francis Paul.

Menurut Tiong Lai, HQE 2 sebenarnya telah menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pada April lalu.

Justeru katanya, kewujudan CATH Lab dan pelbagai kelengkapan perubatan terkini pastinya memberi impak yang besar dalam rawatan jantung di negeri ini.

"Malah sempena lawatan ini saya memberi tambahan peruntukan RM3 juta kepada perkhidmatan jantung untuk menjalankan operasi dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, projek menaiktaraf HQE 2 yang bermula April tahun lalu menyaksikan pertambahan sebanyak 384 katil baru di hospital tersebut berbanding 130 sebelum ini.

Selain itu katanya, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan 12 bilik bedah, tempat letak kereta dan lif.

Sementara itu, beliau menyasarkan sebanyak 2,459 katil disediakan di empat hospital kerajaan di Kota Kinabalu menjelang 2013.

"Pada 2009 bilangan katil keseluruhan di Kota Kinabalu ialah 1,143 tetapi 2011 kita ada 1,527 katil dan apabila Menara Berkembar HQE 1 siap 2013 kita ada tambahan lagi 661 menjadikan 2,459 katil keseluruhan di Kota Kinabalu," ujarnya.

(TAHNIAH! kepada warga kerja Kardiologi dan Kardiotorasik di atas usaha diorang ni.. terutama sekali Dr. Liew Houng Bang yang bertungkus lumus berusaha untuk membina Pusat Jantung Sabah atau Sabah Heart Centre. Segala tunjuk ajar  warga Kardiologi selama lima tahun saya bertugas di Klinik Kardiologi amat saya hargai ke prihatinan, kerjasama bersatu padu (biarpun berlainan kaum dan agama) membuat saya terharu dan bangga. ^.^*)

Sun