Tuesday, August 16, 2016

Pre-Op Hari ke 4 si Nurul

<3 Assalamualaikum <3

Hai Selamat hari selasa...

Oke Hari ini Ennor sambung perkembangan Nurul semasa Pre-Op (sebelum pembedahan).

30/06/2016
Khamis. Sudah semalaman Nurul tidak dapat tidur sebab tidak selesa. Saya awal pagi sudah telefon penyelia bagitau yang tidak dapat pergi kerja. Sebab tidak senang hati tengok keadaan anak yang semakin pucat dan lemah. Dalam jam 7 pagi sebelum Nurul bersarapan datang Nurse mau bawa dia untuk timbang berat badan. Belumpun sampai di pintu bilik Nurul terus terduduk keletihan. Saya dan Nurse tu  pun terus pimpin Nurul balik ke katil. Terpaksalah Nurse tu tarikh alat penimbang digital ke bilik Nurul. Semasa Doktor Pakar buat round Dr. Siva Rao menerangkan kepada saya keadaan Nurul sangat kritikal dan perlu pembedahan segera / urgent / emergency. Kemudian dia nyatakan yang Nurul perlu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak (PICU - Paediatric Intensive Care Unit).
Saya telefon ayah Nurul bagitau yang Nurul akan dipindahkan ke PICU yang bertempat di level yang sama iaitu tetapi berada di sebelah kanan bangunan.
Lebih kurang jam 1 tengahari Nurul dipindahkan ke PICU.Di sana Nurul menjadi perhatian sebab hanya dia seorang sahaja kanak-kanak yang menghuni unit itu. PICU menyediakan cuma 4 katil dan cuma Nurul saja yang ada.
Kalau ikutkan Unit Rawatan Rapi tidak perlu penjaga sebab setiap pesakit akan dijaga oleh seorang jururawat. Tapi si Nurul tidak mahu tiada kawan, jadi saya minta kebenaran dari jururawat untuk kasik kawan anak saya di PICU. Jadi, Nurse tu cakap boleh... happy lah si Nurul.
Kesian Nurul.. dia kena pasang Cardiac Monitor dan beg kencing dimana hos kecil dimasukkan kedalam pundi kencing melalui salur kencing.. dia tidak dibenarkan turun dari katil. Ubat -ubatan pun kena bagi sama Nurul. Doktor cakap untuk mengurangkan kelajuan rentak jantung Nurul yang kini mencecah sampai 130bpm kadang-kadang sampai 140bpm. kalau sudah sampai 141bpm tu. Teriak lah dia punya Cardiac Monitor. Kelam kabut Nurse pigi kasik off siren dia. Tapi Nurul masih sedar dan senyum-senyum sama kami.

Semua pesakit yang ada dalam wad ICU tu tidak sedar diri atau dalam bahasa lain koma. cuma Nurul saja yang masih sedar. Di sini tiada nurse datang cek tekanan darah dan suhu badan semuanya akan dilakukan dengan alat. Setiap jam monitor akan pam alat periksa tekanan darah yang ada di lengan Nurul serta suhu badan dan Nurse akan catatkan dalam satu kertas monitor bersaiz A2 dua kali ganda dari saiz A3. Setiap kali saya bercerita dengan Nurul... kadang-kadang dia layan, kadang-kadang tidak.
Makan, ya dia makan cuma dia makan sedikit saja dari biasa. Kalau bubur yang disediakan oleh hospital pun cuma sikit saja. Dr dan Nurse pun susah hati tengok Nurul. Malam tu Nurul kena jaga oleh dua orang Nurse. Sampai saya tidak perlu buat apa-apa sebab semuanya dilakukan oleh Nurse yang menjaga. Ini baru dinamakan menemani pesakit bukan menjaga. Sampai Nurse tu tidak kejutkan saya untuk buat apa-apa. Sekali saya sedar, hari sudah siang.

Erm... Hari ke4 di wad dan hari pertama di ICU.
Keesokan harinya adalah hari yang paling meruntun jiwa kami sekeluarga.
Nanti Ennor update lagi. Ingat-ingat dulu apa terjadi masa tu. 
Walaupun ada update di facebook tapi itu tidak secara detail.

Wassalam.... Terima kasih atas sokongan dan doa kawan-kawan selama Nurul di Hospital.

Pesan EpZ: walaupun menjaga / menemani anak yang sakit, anak yang lain tidak juga diabaikan.
Sun