Wednesday, May 04, 2016

Mamut Copper Mine - Kehidupan zaman kanak-kanakku.

<3 Assalamualaikum <3 

Hai hai haiiii....

Hari ni nda dapt post berita dari majalah lama...
Telampau banyak benda best2 di sana nda tau mana satu mo post.

Jadi hari ni saya mo cerita sikit pasal di sana....


Gambar ni Ennor ambil dari majalah MCM edisi khas.Kalau ada kawan-kawan dari MCM, ni majalah yang kulit dia warna hitam tu ada printing emas logo MCM.

Oke gambar diatas tu, kalau kamu cari di Google Map confirm tidak jumpa. Sebab gambar ni diambil sekitar tahun 90-an.

Penduduk di kawasan perumahan ni terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Kehidupan kami di sini seperti sebuah keluarga. Kami berasal dari seluruh pelusuk Malaysia. 1 Malaysia ada disini. Setiap kali ada acara di balairaya, semua akan turun menolong menjayakannya. Kalau ada keluarga yang buat kenduri, jiran tetangga akan datang hulur bantuan tidak kira agama, kaum dan fahaman politik.
Paling best bila sebelah petang pusat sukan yang disediakan oleh pihak majikan akan dipenuhi oleh kanak-kanak dan remaja untuk bersukan terutama sekali  di padang bola.
Bagi kami yang tidak pergi ke sana kerana kedudukannya pusat sukan itu letaknya di atas bukit.. heee Kami akan berkumpul di depan blok dan buat aktiviti petang.
<3<3
Permainan pun ada musim di sana ni. Kalau musim permainan yoyo, satu kampung budak-budak akan bermain yoyo sampai ada yang sanggup buat sendiri. Bayangkan kegilaan musim permainan tu. Kalau musim main tengteng (yang kami panggil main kengke') maka satu kampung budak-budak main. Kalau ada angin, layang-layang akan terbang melayang di langit batu dua atau Kampung Kesiladan Mamut.Pendek kata semua permainan tradisional ada dimainkan disana oleh budak-budak. huuuu rinduuuuu.


Naaahh inilah majalah edisi khas tu... saya rasa macam ada satu lagi majalah edisi khas dia ni... yang kulit dia warna hijau tua. Tapi saya nda jumpa sudah tu buku. Kalau tidak silap saya, majalah tu tentang perancangan masa depan Lombong Tembaga Mamut dari segi pelancongan tapi tidak jadi :'(

Kan bagus kalau jadi tu... seingat saya sejak ada El-nino dan La-nina tu banyak kejadian tanah runtuh di lombong dan sekitar kawasan perumahan pekerja yang terletak di bukit tu.  Tapi tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Sebab syarikat memang mengutamakan keselamatan pekerja dan keluarga. Semuanya akan dipindahkan ke tempat yang lebih selamat. Bukan saya mau kasi salah tu cuaca (huish!) itu semua kan ketentuan Allah s.w.t. Kalau bukan sebab mamut sudah tutup mungkin saya tidak kerja di hospital.

Kawasan lombong pula tidak boleh suka hati masuk. Tidak semua pekerja boleh masuk ke kawasan lombong begitu juga bagi pekerja dari section lain tidak boleh berada di section lain. Demi menjaga keselamatan pekerja.

Kalau ada kawan-kawan saya yang pernah tinggal di batu dua atau bekas pekerja MCM yang terbaca artikel ni.. tolong ya.. tolong komen. Sambung cerita pengalaman kamu disini (lebih kepada untuk menggambarkan suasana keadaan kehidupan kita di 'the lost world of MCM' (cewah! heheheh)

Pesan EpZ: Dua hari lepas saya mimpi tempat ni. Paling gila dia... saya tejumpa sya punya 'old crush' di sana.. nda gila tu? hahahah apa dih maksud.. =D

Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza

<3 Assalamualaikum <3


Maaf lama Ennor tak update blog..

Beberapa hari ni Ennor diserang alien yang datang entah dari mana...

Alien ni telah menyebabkan Ennor sakit kepala melampau-lampau..

Ennor pula jenis tak makan ubat.. tahan saja lah...

Oke.. 
Untuk hari ni Ennor mo join  1 segmen....

Just Klik the banner below..
(chewah ber english la kunun)
Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza 
 
Syarat dia ni senang saja...
 
mau tau.. klik la tu banner....
 
Tag 2 kawan...
 
 
 
Pesan EpZ: Antara sakit kepala dan sakit perut.... Ennor tak tahan sakit perut... =_='
 
Sun