Tuesday, June 21, 2016

Biskut Gula berwarna warni

<3 Assalamualaikum <3

Hai selamat petang.. 
hehehe 
hari ni Ennor mau kongsi satu resepi...

Oke tengok tajuk macam nda faham kan?
Ennor pun sama xixixi....

oke - oke maksud Ennor macam dalam gambar di bawah ni.

Sepa yang tidak suka sama ni biskut? semua pun suka kan?
Budak-budak Ennor panggil ni biskut 'taik sinchan' hahaha lucu lah budak-budak ni.

Masalah dia tu yang gula tu yang selama ni Ennor tercari-cari cara membuatnya.

Cari punya cari punya searching ... Ennor pun jumpa....

Haaaaaaa..... Akhirnya....

Ennor jumpa dalam satu blog Indon... Catatan Belajar masak...
 Macam-macam resepi ada sana.

Mari Ennor kongsi sikit apa yang dia tulis.

Gula yang berwarna-warni tu kena panggil 'Royal Icing'
Ennor pun tidak tau kenapa dia kena panggil begitu, mungkin zaman diraja dulu-dulu gula warna-warni ni cuma boleh didapati di istana saja kali. Entah mungkinlah.

oke ni Resepi dia.
Bahan Royal Icing. (untuk beginner macam saya)
1 biji putih telur bersuhu dingin
250 gm gula icing
1 sudu makan air lemon
pewarna makanan (pilihan sendiri)

Cara membuatnya pula ada dua cara.
1. Campurkan semua bahan dengan menggunakan mixer. Sampai sebati.
Langkah ini akan menghasilkan royal icing yang bersifat keras dan tidak mudah patah.
Selalunya di buat hiasan seperti bunga atau perhiasan lain. 
Gula hiasan yang keras la bha tu.
 
2.Pukul putih telur dengan mixer sehingga kembang. Masukkan air lemon
kemudian campurkan gula icing sedikit demi sedikit sambil di pukul sehinggalah 
kepada kepekatan yang kita mahu.
Langkah ini pula akan menghasilkan royal icing yang lebih rapuh, 
selalunya untuk hiasan diatas biskut dan hiasan nipis untuk kek.
 
Selepas gula icing tadi dipukul kita boleh bahagi-bahagikan dia untuk di campur dengan pewarna makanan.

Macam senang kan?
Kalau senang boleh lah buat hiasan tambahan sama biskut raya atau kek...
 
Oh ya jangan biarkan royal icing tadi terdedah dengan udara sebab dia akan cepat mengeras.
Paling bagus lepas pukul terus buat atau simpan di dalam bekas kedap udara.

Oke tips tambahan... 
Lagi banyak gula icing yang di masukkan kedalam pukulan telur tadi lagi keraslah royal icing kita.

Yeaah dapat satu lagi.... resepi misteri yang Ennor tercari-cari selama ni...
Mana-mana biskut tunjuk yang rasa nda meriah tu... boleh lah dikasi meriah guna royal icing...
 
Terima kasih kepada orang yang kongsi resepi ni...
Terima kasih kepada pembaca semua... 
<3 Wasalam <3

Pesan EpZ : Dulu tidak tahu... sekarang tahu... jadi Ennor pun kongsi la...


Biskut tanpa cup kertas.

<3 Assalamualaikum <3

Salam 16 Ramadhan...

Hui hui... sepa di sini start sibuk sudah buat kuih / biskut raya? 
Angkat tangan !!

Oke, tengok tajuk di atas... 
Biskut yang dalam cup kertas tu comel-comel kan?

Ha ha Ennor pun suka. 
Yang Ennor tidak suka sampahnya... 
Kalau letak atas meja, oke lah kita boleh pungut kan?
Tapi, yang paling bikin panas... tuu yang men sisip-sisip di tepi-tepi sofa tu.
Haiyaa... bersemut woooo....

oke kali ni Ennor ada nampak dalam Pinterest pasal DIY makanan....
woh! kreatif sangat.... 
Ennor pun nda tau macam mana mo explain sama dia. 
Ah tengok la  dalam gambar di bawah ni yang Ennor sempat save tadi.

1.
Ni dia guna sugar cookies... emmm Ennor pun tidak tahu apa barang tu... tapi, kalau tanya hubby comfirm dia tau punya hahahah.
Tapi dalam fikiran Ennor kan? doh tepung biasa pun boleh bha buat macam ni... 
Kasi bentuk dia lepas tu letak dalam acuan... isi inti dan bakar...
Atau buat macam di atas tu untuk desert... hehehe boleh la pakai....


2.
Oke ni pula untuk biskut tanpa bakar/masak. Alaaa macam manisan la...
Setiap tahun Ennor memang buat manisan berasaskan coklat...(permintaan anak-anak)
Setiap tahun juga guna cup kertas... 
yang di atas ni macam remeh sikit sebab sudah buat dalam cup kertas kena buka lagi pula... 
Tapi Ennor ni ramai pembantu... heheheh boleh la diorang tolong.


3. 
 Haaaa yang ni oke sikit, dia guna cup plastik.
Jimat dan boleh buat banyak-banyak...
Boleh letak puding, aiskrim dan apa-apa sajalah...

Sekarang ada sudah idea mau menyerikan lagi hidangan raya nanti...
Semoga berbahagia....

Pesan EpZ : Saya ada 1 ilmu, kamu ada 1 ilmu.... kalau saya ajarkan 1 ilmu saya kepada kamu dan kamu pun ajarkan 1 ilmu kamu kepada saya.. maka, kita masing-masing mempunyai 2 ilmu. 
Tak gitu?
Sun