Tuesday, September 20, 2016

Nurul mau buat blog sendiri?

<3 Assalamualaikum <3

Hai 
Hmm tengok tajuk pun mesti tau sudah kan?

Ni anak Ennor yang saturang ni si Nurul...

Ya yang baru buat pembedahan jantung bulan Julai hari tu...

Haaa dia lah.

Sebenarnya perkara ni lama sudah dia kemukakan bha.

Sebelum dia kena bedah lagi. 
Tapi, Kakak dia cakap kalau tiada emel mana boleh bina blog.
Bila saya tanya dia, "Ko punya blog Ira apa cerita? kosooooong ja ibu tingu?"
Ira pun jawab "hehehe nda tau apa mau kasi masuk cerita.."
"kau Nurul, apa cerita mau buat blog ni?"
"ermm.... aku mau tulis cerita lah..."

Ya sya rasa itu juga tujuan dia mau buat blog.
Saya pernah baca cerpen yang dia tulis dulu masa dia masuk wad awal tahun.
Tajuk cerpen dia "ambulance berhantu"
ermmm......sipnosis dia...
Kisah seorang pemandu (Bakri) ambulance yang bawa ambulance tapi ambulance ni betul2 pelik..
macam-macam perkara pelik yang akan terjadi terutama sekali kalau dia bawa malam.
Kadang-kadang tu walaupun dia bawa ambulance kosong, dia rasa macam ada saja penumpang yang menumpang padahal tiada. Sampai satu hari Bakri terpaksa bawa ambulance tu outstation untuk hantar pesakit ke hospital lain. Macam-macam perkara pelik yang berlaku semasa dalam perjalanan. Salah satunya Bakri terjumpa restoran ghaib. Apa yang terjadi masa tu? Saya pun belum terbaca lagi sambungan dia. huhuhu....

Hari Ahad lepas Nurul beria-ia minta buat emel. So, kakak dia sajes gmail.
Senyum-senyum Nurul lepas buat gmail. 
Akan datang dia minta buat blog la tu... 
hmmm ibu juga jadi mangsa mau kasi cantik blog dia nanti.

Sabar saja lah...
tunggu dia bina blog la dulu...

Pesan EpZ: Anak-anak Ennor masing2 ada bakat... melukis, menulis, menyanyi, bertukang, masak..ermmm macam-macam lah...

Beli Quinny Zapp Xtra 2 ? Baca ini dahulu.



Sedang mencari Baby Stroller terbaik untuk si kecil anda? Serius... memang rambang mata kalau kita survey baby stroller ini. Ada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Nak pilih yang sesuai bukan senang. Selain kita pilih jenama, kita juga pilih kualiti supaya stroller tersebut boleh tahan lama dan selamat.

Apa yang penting bayi kita selesa dan selamat. Itu adalah matlamat penting dalam pemilihan stroller bayi. Diharapkan para ibu jangan ambil ringan perkara ini.

So.... di sini saya nak review satu baby stroller yang paling top di kalangan ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. Jenama Baby stroller ini boleh saya katakan adalah top list di dalam senarai jenama baby stroller yang ada di luar sana.

Baby Stroller yang saya perkatakan ini adalah Quinny Zapp Xtra 2. Yes, jenama Quinny memang tidak asing lagi. Dalam banyak-banyak model. Model Zapp Xtra 2 adalah diantara model yang mampu milik berbanding model Quinny yang lain.


Monday, September 19, 2016

Bunga raya pelebat dan merawat rambut.

<3 Assalamualaikum <3

Hai salam hari isnin..

Hari ni Ennor mau kongsi satu cerita.
Ada kena mengena sama tajuk di atas.

Anak pertama dan kedua Ennor perempuan, waktu lahir rambut diorang ni nipis betul...
Boleh tengok gambar diorang Disini.

Tapi sekarang lebat dan hitam bersinar lurus rebonding lagi.

Ada sekali Ira pernah kena tanya oleh kawan-kawan dia apa petua berambut lebat dan hitam.
Jadi Ira tanya saya sebab dia nampak gambar waktu dia baby memang sebijik macam lelaki.
Rambut pendek dan nipis.

Saya cakap.... senang saja..
Guna daun dan bunga, bunga raya merah.

http://www.khasiatherba.com/wp-content/uploads/2014/09/khasiat-bunga-raya-2.jpg


alaaahhh senang saja.
Dulu masa Ira dan Nurul kecil-kecil saya ambil bunga dan daun bunga raya bikin jadi syampu rambut diorang.

Masa mandi ambil segenggam bunga dan daun bunga raya.
Lumatkan dengan tangan sampai keluar lendir.
Lumurkan di kepala diorang, biarkan sekejap sambil sabunkan badan diorang.
Lepas tu baru bilas...
Saya langsung tidak guna syampu di rambut diorang.
Saya amalkan setiap hari sejak umur diorang satu tahun.

Sekarang jarang guna sudah sebab masing-masing sudah sumandak dan pandai pilih syampu yang sesuai.
Tapi sebulan dua kali kena lumur daun bunga raya tu lah.. untuk melebatkan dan mengurangkan kelemumur di rambut diorang. 

Tidak susahkan?
Kita sendiri pun boleh amalkan... 
Tidak pernah terlambat rasanya untuk melebatkan balik rambut yang mula gugur.
Lebih-lebih lagi bagi kaum-kaum ibu yang baru melahirkan anak. 
Anak umur 6 bulan rambut ibu pun akan mulai gugur jangan risau mama...
lumur saja daun bunga raya.. pastu lilit dengan tuala tu kepala.
Masa tu kita akan rasa sejuk di kulit kepala. huhuhu...

Sekarang ni suami Ennor, Ennor akan lumurkan daun bunga raya,
sebab macam mau mulai gugur da rambut kesayangan Ennor tu.
hehehe

Selamat mencuba.
Wasalam...

Pesan EpZ : kena tanam banyak bunga dan tumbuh tumbuhan yang berguna untuk kita.

Thursday, September 15, 2016

Pelbagai jenis ikatan kasut bertali

<3 Assalamualaikum <3

Hai 
Selamat petang.

he he hehe

Awal pagi kita senyum senyum..

Masa sekolah dulu apa jenis kasut yang kamurang suka pakai?

Kasut bertali atau yang tiada tali?

Ennor masa sekolah dulu suka guna yang bertali.

Siapa yang suka kasut bertali tu... kita geng! hehehe

Sekarang ni orang semakin kreatif. Termasuklah bab-bab ikat tali kasut ni.

Oke mari kita tengok beberapa jenis ikatan tali kasut yang kreatif.
Sun