<3 Assalamualaikum <3
Hehehe
Selamat petang,,,,
Tengok tajuk tu...
Ennor dan anak-anak memang tak berapa suka tengok wayang hindi..
Hmmm nda tau lah kenapa ... tapi macam cepat boring pula tengok...
Kalau si Ira lagi...
Sudah tengok intro 5 minit....
main wayang 10 minit...
tiba-tiba ada menyanyi dan menari...
IRA: Ibu....!!! ni yang nda best tingu hindi nihhh.. Intro suda mau 5 minit, main baru 10 minit nda masuk iklan. terus..... nyanyi lagi nari lagi...
NURUL : Sabar jak ko sana kak.... hahahah
IRA : Best lagi tamil... biarpun nda masuk akal time belawan... nyanyi2 pun movie masi on... hehehe
daaannn mo dikasi jadikan cerita....
Hari Jumaat, sabtu dan ahad... kami tengok wayang tamil...
Jumaat jam 9pm tv3 kami tingu..
Lingaa pelakon Rajinikhan...
biarpun wayang lama tahun 2014 lagi tetap best tingu... si Nurul sampai menangis-nangis bah tengok.. Sedih part Raja tu sanggup gadai istana dan semua harta benda dia untuk memenuhi nafsu serakah pegawai daerah (org British) yang gila harta dan kuasa. Demi untuk kemudahan rakyatnya. Sampai dia difitnah oleh tali barut (org kampung sendiri) dan di halau dari kampung sebab org kampung percaya sama tali barut tu. walaupun buttler raja tu mau ceritakan hal sebenar tapi raja tidak mahu. Last-last isteri tu org british sendiri yang bagitau hal sebenar, sebab tidak tahan dengan perangai lakinya tu yang gila harta dan kuasa dengan cara menipu orang tempatan.Akhirnya rakyat dia terjumpa raja tadi memasak di dapur dan memberikan makanan percuma kepada fakir miskin...
Hari Sabtu... TV3 jam 2 pm..
Kami tingu Sivaji the Boss..
ini pun pelakon yang sama Rajinikhan...
wayang laaagi lama 2007...
cerita ni pula Sivaji seorang pakar software dari India pulang dari amerika dan dia yang tersangat kaya ni mahu bina hospital, kolej dan sekolah di tempat asal dan memberikan perkhidmatan perubatan dan pendidikan secara percuma kepada orang yang miskin. Tapi ya lah kalau buat baik ada saja orang tidak puas hati sampai mahu menjatuhkan staring kita ni... banyak aksi kurang menyanyi dan menari. Sivaji ditangkap polis dan polis berpakat sama orang jahat tadi untuk bunuh sivaji tapi ada polis yang tolong sivaji supaya sivaji boleh merancang untuk melepaskan diri. penjahat tu sangka sivaji ni sudah mati. Rupa-rupanya belum, dan MGR (iaitu sivaji sendiri yang sudah botak) datang balik dan mahu ambil alih semua dana sivaji. penjahat tadi memang syak yang MGR ni sebenarnya sivaji... tapi orang awam percaya yang sivaji sudah mati semasa dalam penjara. Akhirnya penjahat tadi pun mati... duit - duit yang dia simpan di bawah atap genting rumah ia yang bersebelahan saja dengan kolej tu bertebangan masa dia berlawan dengan sivaji. Secara nda sengaja penjahat tadi pun jatuh masa para pelajar berebut-rebut duit yang berterbangan tadi dan penjahat tadi yang jatuh dibawah tanpa di sedari oleh pelajar2 tadi mati dipijak dileher dan mati ditempat kejadian...
Hari Ahad pula kami tengok tv2 jam 3 pm.
tajuk dia Manam.
Cerita ni lebih kepada cerita fantasi...
ni macam cerita kelahiran semula lah...
Anak (Bittu) terjumpa dengan sepasang lelaki (radha) dan perempuan (krishna) muda yang sebiji macam mendiang mama dan bapa dia yang mati dalam kemalangan pada 14 feb jam 10.20 pagi. Jadi si Bittu berusaha untuk menyatukan mereka. Begitu juga anak (Chai) kepada si anak (Bittu) tadi punya cerita tapi versi agak tua. Dia pengsan ditengah jalan dan seorang wanita (Anjali) menyelamatkan dia dengan menumpang kereta anak (Bittu) tadi pergi hospital (rupanya perempuan ni doktor), orang tua yang pengsan tadi tu ternampak Anjali yang serupa dengan mak dia, bila dia toleh kekanan tengok ada lelaki (Bittu) yang mendermakan darah kepadanya sebiji macam bapa dia.
Oke macam ada kekeliruan mula-mula di sana.
Tiba tarikh ulang tahun hari lahir si Bittu pada 13 feb... Rupanya mereka semua (mama dan bapa yang sudah mati) memang ingat kisah kelahiran sebelumnya. semua pun mati pada masa, tempat dan tarikh yang sama cuma tahun saja berlainan.
14 Feb jam 10.20pagi.tragedi bermula lagi.... Berjaya kah mereka selamat? huhuhu
Kalau mau tau... tengokla sendiri... kurang menyanyi dan menari...ada juga nyanyi-nyanyi dia tapi cerita masih berjalan. Sepanjang saya tengok kemarin macam ada satu kali saja la yang ada menyanyi sambil menari masa si Radha kasi minum arak sama anak dia si Bittu yang memang tidak pandai minum.. terus berkhayal sambil nyanyi dan menari.
Adoi panjang pula cerita Ennor hari ni kan?
best lagi tengok wayang tamil dari hindi...
heheee ni pendapat Ennor saja...
tolong jangan kecam...bukan Ennor benci tengok wayang hindi... tak berapa minat saja...
Pesan EpZ: sama minat sama anak-anak boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang.