<3 Assalamualaikum <3
Hai Salam Jumaat.
Satu viral tentang pelancongan ke bekas lombong tembaga Mamut telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan juga whatsapp. Ennor cuma dapat di group Kg Kesiladan Batu Dua Mamut Ranau saja, dan kami meneruskan perdebatan kami dalam whatsapp.
Yang ini package ATV ride yang ada di Kompleks Sukan Ranau. Menurut sumber yang juga kawan-kawan yang berada di kawasan Ranau. ATV ride tu memang ada tapi tidak pergi ke bekas tapak lombong tu. Bahaya bha sana...kalau temasuk dalam lombong yang penuh air tu... nda kah naya.
Ini pula tentang package untuk melawat tapak tersebut. Uih! ada bayaran? setahu saya tempat ni bukan tempat pelancongan. Boleh pula diorang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan! *marah ni marah ni*
Kami yang bekas penduduk dan pekerja di Mamut tu pun tidak buat macam tu! Entah siapalah orang-orang yang tidak bertanggungjawab buat benda ni. mo kana pasut ni tau!
Dalam sibuk kami berbincang tetang perkara ni. Saya terima emel pasal cerita Lombong Tembaga Mamut dari Daily Express online pasal viral ni.