<3 Assalamualaikum <3
Salam 1 Ramadhan
Selamat menyambut bulan puasa.
Bulan yang di tunggu-tunggu oleh semua umat islam sedunia.
Oke hari ni mari kita tengok aktiviti (dalam fikiran) para ibu-ibu di bulan ramadhan sampai menjelang raya ni.
Pasti ramai yang berfikir aktiviti ni kan?
Oke hari ni mari kita tengok aktiviti (dalam fikiran) para ibu-ibu di bulan ramadhan sampai menjelang raya ni.
Pasti ramai yang berfikir aktiviti ni kan?
1. Menu Sahur dan sungkai (buka puasa)
- Belum tengok anak bulan sudah kita fikir apa menu untuk sahur dan juga sungkai kan? err macam-macam pula tu... Kalah-kalah menu di hotel err hari lain pula macam mana? Menu biasa-biasa ja. Ennor pula lebih suka bagi anak-anak makan masakan tradisi tempatan. Nasib baik anak-anak suka makan sayur.
2. Mau lawat bazar ramadhan di mana?
- hohoho... bazar ramadhan ni akan muncul time bulan ramadhan saja ni. sampai di tempat kerja Ennor pun ada. Untuk memudahkan kakitangan hospital, dan penjaga/ waris pesakit cari menu sungkai lain. Hari-hari makan makanan hospital dan kantin hospital pun boleh boring juga. Ennor pula, mana-mana saja... tapi Ennor rindu sama cendol ustaz di Bazar ramadhan Tuaran. sudah bertahun-tahun suda Ennor tiada temakan cendol dia tu. huhu.. InsyAllah kalau sempat ni petang mau singgah sana, beli cendol homemade ustaz tu yang masih panas-panas.
3. Nak tukar perabot baru / langsir baru / tikar baru....
- Semua pun mau tukar... hahaha Ennor pula macam setiap dua tahun tukar style langsir. Style lah sangat. Terikut macam mama lah ni... langsir masih nampak baru cuma di tambah sikit-sikit bunga atau renda. Ni tahun Ennor tukar langsir jahit sendiri. Alaa yang simple jak. Kira tidak mau beli renda beli benang saja dan kait jadi renda.. ermm kalau rajin la.. (hek eleh langsir ruang tamu saja pun itu pun dua tingkap ja). Perabot.. errm... set kerusi kami tu lama betul sudah kayu getah tahan lama. cuma ganti kusyen ja. mentua bagitau hubby beli masa dia mula-mula kerja di hotel tahun 1998. Huiyo.. lama tapi masih tahan belum pernah rosak. Tikar lantai? erm oleh kerana rumah belum bertiles kami guna karpet second hand yang hubby dapat dari bilik hotel masa hotel kena renovate. selesa gitu.. anak-anak suka bergolek-golek atas tu.
4. Tukar 'baju' rumah.
- Maksud Ennor tukar cat dinding rumah. Ehhh bukan kita saja mau 'berbaju' baru tau rumah pun nak 'baju' baru juga.. Tahun ni hubby cat dinding luar dengan kuning lemon sebelum ni warna biru muda. Pagi tadi dia cakap nak warna peach dalam ruang tamu rumah... errr... "bang, ngam ka sama langsir saya yang warna hitam putih kelabu tu?" "alaaa semua pun masuk laaa" okey la... ikut suka tuan rumah..
5. Tema baju raya untuk keluarga
- Oke yang ini Ennor tak mau komen banyak. Ennor sejak berkeluarga ni tak pernah pula fikir macam tu. Kami biasanya akan beli baju raya yang ready made punya. Ennor akan bagi kebebasan kepada anak-anak apa fesyen dan warna baju raya yang diorang mau. Tahun ni pun macam tu juga. Harga jangan cerita la..anak saya pandai pilih harga murah diorang cakap yang penting selesa dan cantik. Hihihi macam cara saya tu.
6. Biskut Raya
- Haaa yang ni kegemaran semua. Tak kira lah mau yang main order atau yang buat sendiri,mau yang moden atau yang tradisional. Bagi Ennor semua pun oke. Beli yang ready made pun oke. Banyak tu jual di bazar ramadhan. di pasaraya pun banyak tapi yang dipasaraya tu kilang made bukan homemade. Kalau Ennor, Ennor buat mana yang Ennor tau buat, yang Ennor tidak tau buat Ennor belilah... hehehe
7. Mau beraya di mana dulu?
- kes ni biasa terjadi sama diorang-diorang yang tekawin sama orang jauh-jauh maksud Ennor satu di utara satu di selatan satu di timur satu di barat. Ennor ni kawin dengan orang dekat-dekat ja. Ibubapa Ennor di Tamparuli Ennor pula tinggal dekat dengan rumah mentua di Tuaran.Alaa nda sampai satu jam pun perjalanan ulang alik (kalau tidak singgah mana-mana).Tahun ni belum decide lagi mau sambut pagi syawal di mana? mungkin ni tahun ikut undian anak-anak. 5 orang sudah layak mengundi. hahaha.
8. Juadah rumah terbuka.
- Oke yang ni memang wajib. setiap kali kita buat rumah terbuka mesti fikir mau hidang apa kan? Sekarang ni kebanyakan kita sudah lebih terbuka dan boleh menerima menu lain. Ennor pernah datang beraya di rumah orang dia hidang spagetthi... Bila ingat balik, Ennor masa sekolah dulu beraya di kampung nenek. sekali kuih raya habis... Mama Ennor pening nak hidang apa.. Ennor buka almari jumpa kacang hijau dan sagu.. LAstly buat bubur kacang hijau hidang sama kazen-kazen Ennor. Hahahah.Sekarang ni terus Ennor risau... Bila hubby nak buat rumah terbuka... mesti kena serang kawan-kawan dan staf dia dari tempat kerja sekarang dan yang dulu... erm...
Haa Ennor rasa itu saja yang Ennor tepikir... ada lagi lain mungkin tu.
Apa yang Ennor tau itulah yang penting. menjelang ramadhan dan raya.
Jumpa lagi.. Wassalam...
Pesan EpZ: dalam keterujaan menyambut ramadhan dan syawal. Perkara wajib dibulan Ramadhan jangan dilupakan.InsyaAllah semoga puasa kita tahun ni diberikan keberkatan. amin...