Monday, November 04, 2019

Admit wad pembedahan

Assalamualaikum w.b.t

Selamat siang.

 Gambar tiada kena-mengena dengan tajuk. 
Gambar ni diambil dekat tandas Hospital Tuaran

Macam yang Ennor janji hari tu. 
Ennor admit wad pada 26/9/2018 direct dari Klinik Pakar Pembedahan Am Hosp.Queen Elizabeth 1, selepas diperiksa lanjut oleh doktor di klinik. Doktor di klinik bagitau Ennor kena admit (masuk wad) pada hari itu juga. Tapi, Ennor bagitau bolehkah Ennor masuk jam 2 petang (chewah bukan main mo request request si Ennor- punya la minta puji) 

Bukannya apa, Ennor kena balik ke ofis dan bagitau Kak Ita. Dialah kawan Ennor yang Ennor paling rapat. Dialah paling susah hati tengok keadaan Ennor. Sebelum tu Ennor sudah bagitau suami dan mama Ennor. Baru balik ke ofis dan bagitau kawan2.

Jam 2 begitu, Kak Ita yang temankan Ennor ke klinik semula. Kemudian ada PPK (Pembantu Perawatan Kesihatan) yang mengiringi Ennor dan Kak Ita ke Unit Hasil daftar dulu untuk kemasukan wad. Kena daftar di Unit Hasil hospital dulu, bukan main masuk ja pergi wad. Cek in dulu hehehe

Sampai saja di wad Ennor kena timbang berat dan sukat tinggi. Pastu barulah nurse bawa ke katil yang sudah disediakan. Ennor dapat dalam bilik berdua. Dalam tu cuma ada dua katil saja dan jiran Ennor tu pula pesakit kanser yang sudah lama di sana cuma berpindah katil saja. Kak Ita temankan Ennor sekejap Nurse bagi baju wad dan Ennor pun bertukar baju wad.

Selepas Kak ita balik ofis di tingkat 4 bangunan pakar, Doktor pun datang tanya pelbagai soalan. Ennor jawab dengan tenang dan jujur. Kadang-kadang soalan doktor ni macam tidak masuk akal dan macam tiada kena mengena tapi sebenarnya itulah soal siasat doktor untuk mengenalpasti penyakit kita dan punca-puncanya. Semua ni penting untuk kita sendiri juga sehinggalah penyakit sebenar kita dikenal pasti. 

Seusai semua pemeriksaan doktor bagitau yang keesokan harinya Ennor perlu dibedah...BEDAH? Ya, pembedahan untuk buang bengkak dan ambil sampel isi yang membengkak tu. Doktor juga saspek Ennor ada tb (tuberculosis) petang tu datang nurse dari Infection Disease Unit (Unit Penyakit berjangkit) HQE 1 bagi suntikan ujian mantoux untuk memastikan Ennor ada tb atau tiada.

Waktu lawatan suami Ennor ada datang ke wad dia bagitau besok baru bawa Nurul (anak Ennor yg ada sakit jantung tu) untuk menemani Ennor di wad. 

Besoknya (27/9/2019) Ennor akan di masukkan ke Bilik Pembedahan. Nanti Ennor sambung lain kali. 

Pesan EpZ: Jangan takut masuk wad. Jangan tak bagi kerjasama dengan kakitangan kesihatan  kalau mau sihat semula.

1 comment:

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun