Monday, March 28, 2016

Nurul Jumpa doktor pakar bedah hari khamis ni.

<3 Assalamualaikum <3

Selamat hari Isnin...

Maaf lama tak berblog ni.
Sebab cuaca panas tu yang rasa macam nda mau update blog...

(huh! alasan saja ko sana tu Ennooooorrr)

Haha bukan lah...
Dua minggu yang lalu pc ada problem so unit ICT sudah ambil tapi belum balik2.
Pastu kena ganti (sementara) dari unit tu...

Haa ni yang baru dapat buka blog ni. hi hi hi...

Well apa yang saya mau cerita hari ni....
Hari Khamis (31/03/2016) nanti saya dan suami akan bawa Nurul jumpa doktor.
Doktor pakar Kardiotorasik di Hospital Queen Elizabeth 2 KK.
Masa tu doktor akan menentukan tarikh pembedahan Nurul.
Rasa berdebar-debar pula bila bayangkan waktu itu.
Tanya hasben dia diam saja macam 'no feeling'.
Tapi saya tahu mesti macam-macam dia fikir tu.
Biasalah ayah Nurul kan,nampak saja garang tapi penyayang.

Semalam Nurul ada tanya saya.
Perlukah dia dapatkan surat pengesahan dari sekolah.
Saya jawab 'nda payah, nanti ibu printout GL dari opis saja'

Sekarang ni Nurul makan semua ubat dia 3 kali sehari.
Maknanya setiap 8 jam.
kadang2 perlu bangun 2 / 3 pagi untuk kejutkan dia makan ubat.
Sebelum tidur saya akan tanya jam berapa lagi dia akan makan ubat?
Atau dia yang akan bagitau untuk bangunkan dia sekian2 jam untuk makan ubat.

Sejak Nurul diberhentikan makan vitamin untuk kuat makan,
dia kurang selera makan.
Tapi sebagai ibu, kita tahu selera keluarga kita kan?
kebetulan sekarang ni musim buah.
Pokok mangga dan cermai di rumah nenek dia berbuah.
Saya pun buat sambal dari buah tu.
Buat banyak untuk stok satu minggu.
Kadang2 Nurul akan buat sendiri tumbuk dengan belacan dan lada padi.
Kalau ada benda tu memang dia kuat makan.

Hi hi Nurul- nurul....

Oke lah rasanya ini saja cerita merapu saya hari ni.
InsyaAllah saya sambung lagi... kio..
Wassalam....

Pesan EpZ: Macam mana ramai pun anak... Seorang ibu tetap tahu selera anak masing2.

No comments:

Sun