Wednesday, November 02, 2016

Movie : Harmony -Korean Movie

<3 Assalamualaikum <3

Haluuu...

hari ni Ennor mau cerita satu lagi movie sedih...

Ni kali dari Korea.

Tajuk : Harmony
Duration : 1jam 55minit (lebih kurang la)
Genre : musical / sedih
Tarikh keluar : 2010
 Pelakun : tengok senarai DISINI 
Ennor bukan kenal sangat dengan pelakon-pelakon Korea ni. hehehe.

Oke Ennor cerita dari Ennor punya versi sendiri la ya...









Movie ni berlatar belakangkan kehidupan di dalam penjara wanita.
Pelakon utama di penjara selam 10 tahun atas tuduhan membunuh suaminya tanpa sengaja.
Masa tu dia tengah mengandung suami dia ni suka betul mendera. Hari-hari dia dera watak utama ni. Satu hari si isteri sudah tidak tahan dengan sakit didera dia melawan dan menolak suaminya. Suaminya jatuh diatas coffee table kaca dan tertusuk kaki tengah meja dan mati di tempat kejadian.
Watak utama tu pun dipenjara dan melahirkan anak semasa dalam tahanan.Dia dibenarkan membesarkan anaknya di dalam penjara. Bilik penjara yang menempatkan watak utama dan 3 lagi rakannya dihias seperti sebuah rumah.Demi anak tadi.
Pelbagai karenah yang terjadi dalam penjara tu. Gaduh, Gurau, suka duka macam-macam lagi lah.
Part yang betul-betul buat Ennor menangis.. bukan saja Ennor anak Ennor dan adik ipar pun ikut nangis.

Scene sedih yang bikin mengalir air mata.

1. Masa ibu dipisahkan lebih awal dengan anaknya. Semua nangis termasuk kawan-kawan dia sebab anak tu yang menyerikan suasana dan mengeratkan kasih sayang antara mereka.
2. Masa ibu berjumpa dengan anak di pusat jagaan. masa tu ibu bapa angkat anak tu sudah mau ambil dia. mereka adalah guru yang tiada anak.
3. suka duka mereka belajar koir lepas nampak kumpulan koir membuat persembahan di penjara.
4. Seorang nenek yang akan menjalani hukuman gantung sampai mati sebab membunuh suaminya dan skandal suaminya dengan kejam.Dia diiringi lagu sedih dari penghuni penjara lain.
Banyak lah scene yang sedih.

Kalau kamurang tingu memang nangis punya. pertama kali Ennor tengok masa dia kena tanyang di TV Alhijrah... 3 kali Ennor tengok 3 kali juga airmata mengalir. gitu juga anak Ennor.Sebak Beb!
Masa diorang buat persembahan di hall besar ada sekumpulan kanak-kanak tadika datang mengiringi koir diorang (duet) sorang2 budak2 tu pegang tangan diorang. yang si mama ni tengok tanda lahir di pergelangan tangan budak yang pegang dia ni. Konfim itu anak dia.

Haaa tengok sendiri dia punya pengakhiran aa.... 

Pesan EpZ : kalau tengok movie sedih sedia tisu atau tuala. Nanti Ennor review Movie 1 litre of tears (special).

3 comments:

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun