<3 Assalamualaikum <3
Hai...
Belum terlambat lagi bha kan saya mau ucap
Selamat meyambut Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai...
Sudah habis cuti 4 hari... macam2 benda yang dibuat di rumah...
penat? ah tidak lah... happy dan seronok dapat berkumpul sama keluarga.
Kalau tingu dari tajuk saya di atas, saya mahu cerita pasal anak saya bha ni.
Di rumah nampak dia, dapat pantau aktiviti dia supaya jangan telampau banyak bergerak ubat pun makan setiap 8 jam. (3 x sehari)
Last week dia ada appointment dengan doktor pakar Dr. Siva Rao (Pakar Kardiologi Kanak-kanak)
di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu. Ayah dia yang terpaksa bawa sebab cuti rehat saya sudah habis kelayakan saya guna masa dia masuk wad hari tu.
Menurut ayahnya doktor cakap keadaan jantung Nurul sudah tidak boleh tunggu sampai hujung tahun ini.
Maksudnya dia kena buat pembedahan dengan segera sebab 90% injap jantung dia sudah rosak.
Tersentak dan terkedu saya masa ayah Nurul bagi tahu hari tu macam mo mengalir saja air mata ni.
Tapi, kami tidak mahu tanggung risiko, serahkan kepada yang pakar.
Bulan depan Nurul akan jumpa doktor lagi untuk tentukan tarikh pembedahan.
Bila ada kawan-kawan tanya pasal keadaan kesihatan Nurul dan bila perlu buat pembedahan,
saya rasa macam mahu menangis saja depan diorang.
Bukan mahu minta simpati tapi, tidak tahan sebak di dada ni. kalaulah injap jantung ni boleh di bagi sama Nurul macam kita bagi buah pinggang atau hati, saya sanggup bagi.
Bila di ingat muka Nurul yang semakin pucat, saya rasa macam mahu pulang saja.
Rasa macam tidak mahu kerja, mahu jaga dia di rumah. Tapi saya perlu kuatkan semangat saya untuk kerja
untuk terus gigih supaya Nurul pun terus gigih untuk meneruskan hidup dia.
Memang dia tidak cakap yang dia takut untuk hadapi pembedahan jantung.
Tapi, saya nampak air muka dia setiap kali kami bercakap pasal pembedahan.
Saya bagi tahu dia, serahkan kepada Allah s.w.t. Dia yang menentukan segalanya.
Hanya Dia yang akan melancarkan semuanya. Percaya kepada Allah s.w.t.
Saya tahu suami saya pun memang rasa sedih dan risau,
tapi bila kami tengok sepupu dia yang sudah buat pembedahan yang sama tahun lalu.
Kami agak lega sikit. Harap semuanya akan berjalan lancar nanti.
Pasal kos, saya baru tanya di Unit Kebajikan Hospital.
Diorang cakap boleh guna kelayakan saya sebagai kakitangan awam.
Alhamdulillah.... memang beberapa hari ni risau juga saya dan suami pasal kos ni.
Tapi, kalau
urgent terpaksa beli peralatan dulu baru
claim kemudian.
Rasanya kos tukar injap jantung bukan murah kan? ada sampai beribu juga.
emph... harap saya sempat mohon kos perubatan tu sebelum pembedahan.
Kalau tidak.... macam mana lah ni??
Buat pinjaman bank?
bukan senang...ambil masa proses tapi belum tentu boleh lulus pinjaman.
Buat pinjaman AhLong?
ui! Ahlong memang boleh tolong tapi dapatkah bayar balik?
kena ada komitment juga bayar sama diorang tu baru boleh selamat.
(sebenarnya bukan semua ahlong mahu bagi pinjaman. pandai juga diorang tingu komitmen kita.
Ada juga ahlong yang berhati perut tidak bagi orang pinjam besar kalau tidak mampu.Nanti saya cerita pengalaman saya masuk di kedai ahlong.. masuk ja pigi jumpa kawan sana)
Fikir balik....fikir balik... macam mana mahu selesaikan perkara ni...
Tunggu la sampai tarikh temujanji akan datang.
Tengok apa plan doktor dan bila tarikh pembedahan akan dijalankan.
Pesan EpZ : bukan senang mahu hadapi semua ni... setiap tahun memang ada saja dugaan yang akan menimpa. macam orang bilang cerah di pagi hari tidak semestinya cerah sampai petang...