Monday, October 17, 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVEMBER BY KINAH

<3 Assalamualaikum <3

Bismillahirohmanirohim....

Salam hari isnin...

Hari ni Ennor datang lagi...

Pagi-pagi ni kita mulakan segala kerja dengan lafaz Bismillah...

Lepas tu... ni pagi Ennor mulakan blog Ennor dengan 
'SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BULAN NOVEMBER BY KINAH'

oke bukan susah pun... klik tu gambar yang macam filem dibawah tu...

Syarat dia pun senang just follow the blog... heheheh

http://ape-kinah.blogspot.my/2016/10/segmen-pencarian-bloglist-bulan.html 
Harap-harap Blog Ennor ni terrrlist lah kononnya hahaha..

Oke oke mengarut pula sya pagi-pagi ni kan?

selamat bersegmen yah!

Pesan EpZ: Susah juga kalau mood berblog ni on off on off kan? Jadi apa macam la ni? huhuhu

Friday, October 14, 2016

Baca Review Ini Sebelum Beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller

<3 Assalamualaikum <3


Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Saya pun sebelum ini tidak pernah mendengar jenama ini). Sebenarnya, jenama ini sangat dikenali di German dan di beberapa negara Eropah. Kini mereka telah memasuki pasaran Malaysia.

Jenama Hauck ini telah wujud sejak hampir 90 tahun dan merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk bayi. Ia telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Model Hauck Duett 2 Double Buggy ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang telah berada di pasaran sejak 2011, dan sudah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.

Tuesday, September 20, 2016

Nurul mau buat blog sendiri?

<3 Assalamualaikum <3

Hai 
Hmm tengok tajuk pun mesti tau sudah kan?

Ni anak Ennor yang saturang ni si Nurul...

Ya yang baru buat pembedahan jantung bulan Julai hari tu...

Haaa dia lah.

Sebenarnya perkara ni lama sudah dia kemukakan bha.

Sebelum dia kena bedah lagi. 
Tapi, Kakak dia cakap kalau tiada emel mana boleh bina blog.
Bila saya tanya dia, "Ko punya blog Ira apa cerita? kosooooong ja ibu tingu?"
Ira pun jawab "hehehe nda tau apa mau kasi masuk cerita.."
"kau Nurul, apa cerita mau buat blog ni?"
"ermm.... aku mau tulis cerita lah..."

Ya sya rasa itu juga tujuan dia mau buat blog.
Saya pernah baca cerpen yang dia tulis dulu masa dia masuk wad awal tahun.
Tajuk cerpen dia "ambulance berhantu"
ermmm......sipnosis dia...
Kisah seorang pemandu (Bakri) ambulance yang bawa ambulance tapi ambulance ni betul2 pelik..
macam-macam perkara pelik yang akan terjadi terutama sekali kalau dia bawa malam.
Kadang-kadang tu walaupun dia bawa ambulance kosong, dia rasa macam ada saja penumpang yang menumpang padahal tiada. Sampai satu hari Bakri terpaksa bawa ambulance tu outstation untuk hantar pesakit ke hospital lain. Macam-macam perkara pelik yang berlaku semasa dalam perjalanan. Salah satunya Bakri terjumpa restoran ghaib. Apa yang terjadi masa tu? Saya pun belum terbaca lagi sambungan dia. huhuhu....

Hari Ahad lepas Nurul beria-ia minta buat emel. So, kakak dia sajes gmail.
Senyum-senyum Nurul lepas buat gmail. 
Akan datang dia minta buat blog la tu... 
hmmm ibu juga jadi mangsa mau kasi cantik blog dia nanti.

Sabar saja lah...
tunggu dia bina blog la dulu...

Pesan EpZ: Anak-anak Ennor masing2 ada bakat... melukis, menulis, menyanyi, bertukang, masak..ermmm macam-macam lah...

Beli Quinny Zapp Xtra 2 ? Baca ini dahulu.



Sedang mencari Baby Stroller terbaik untuk si kecil anda? Serius... memang rambang mata kalau kita survey baby stroller ini. Ada pelbagai jenama yang ada di pasaran. Nak pilih yang sesuai bukan senang. Selain kita pilih jenama, kita juga pilih kualiti supaya stroller tersebut boleh tahan lama dan selamat.

Apa yang penting bayi kita selesa dan selamat. Itu adalah matlamat penting dalam pemilihan stroller bayi. Diharapkan para ibu jangan ambil ringan perkara ini.

So.... di sini saya nak review satu baby stroller yang paling top di kalangan ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata. Jenama Baby stroller ini boleh saya katakan adalah top list di dalam senarai jenama baby stroller yang ada di luar sana.

Baby Stroller yang saya perkatakan ini adalah Quinny Zapp Xtra 2. Yes, jenama Quinny memang tidak asing lagi. Dalam banyak-banyak model. Model Zapp Xtra 2 adalah diantara model yang mampu milik berbanding model Quinny yang lain.


Sun