Thursday, August 11, 2011

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran 
Khas Prestasi bagi tahun 2011 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam 
Persekutuan bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjayakan 
pelaksanaan program pembangunan negara. Ini juga sebagai satu langkah untuk 
meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin 
meningkat.  Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan 
dan Profesional serta Kumpulan Sokongan manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar 2 
kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar Imbuhan Tahunan dan 
Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (½) bulan gaji atau 
minimum RM500.00.  

Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia. boleh la saya beli barang2 untuk anak2 saya..selain barang2 untuk raya, kuih raya..errr bahan2 utnuk buat kuih raya...hihihihi...



EPZ says: maklumla dah dua tahun terima duit raya RM500 jerr... saya masih ingat tahun 2009 terima RM500 tu...tapi saya gunakan untuk anak sya yang masuk wad dan beraya di hospital pada tahun 2009.

Wednesday, August 10, 2011

THE BEST DRUNK STORY OF THE MONTH

Tadi saya pigi baca forum sana kami punya website..Kesihatan punya forum jadi sya tebaca yang ini...enjoy arr...

A drunken man walks into a biker bar, sits down at the bar and orders a drink. Looking around, he sees three men sitting at a corner table. He gets up, staggers to the table, leans over, looks the biggest, meanest, biker in the face and says: 
 
'I went by your mother's house today and I saw her in the hallway buck naked. Man, she is one fine looking woman!'
 
The biker looks at him and doesn't say a word.
 
His buddies are confused, because he is one bad biker and would fight at the drop of a hat.
 
The drunk leans on the table again and says:
'I got it on with your mother and she is good, the best I ever had!' 
 
The biker's buddies are starting to get really mad, but the biker still says nothing. 
The drunk leans on the table one more time and says,
'I'll tell you something else, boy, your mother liked it!' 

At this point the biker stands up, takes the drunk by the shoulders, looks him square in the eyes and says...................... 

 

'Dad,...... Go home! You're drunk.

Tuesday, August 09, 2011

Saja mo kasik ilang boring :D

Tadi sya baca ni post di satu group d FB humorist community inc...a.k.a MSSH. time sya tengah sakit kepala dan susah mo senyum trus ketawa sampai krem pipi bha.. hahaha
Bha cuba kita baca sama2.

(Soalan2 yang memang bikin panas dan cara penyelasaiannya ada jawapan disertakan)

1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
   S: Ko tidur ka?
   J: tidak la, sya training macam mana mau mati bha...

2. Imagine ko bawa tv ko yang rosak itu pigi kedai technician mo bikin and dia masih juga mo tanya.
   S: Mau kasik bagus ka ni tv?
   J: Tidak la, sya buring bha. Jadi, sya bawa la tv sya ni jalan jalan pi di sini.

3. Bila time hujan kawan ko nampak ko kluar, dia tanya.
   S: Ko kluar time hujan ni?
   J: Eh nda la, hujan yang berenti nanti baru sya kluar.

4. Time ko baru bangun tidur, trus c buduh ni tanya ko.
   S: Ko bangun sudah?
   J: Ish, sya tidur sambil bejalan bha ni (=|

5. Kawan ko call phone rumah ko.
    S: Mana Ko?
    J: Sini Bus StoP :/

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2.
    S: Ko baru mandi ka?
    J: Manada, Sya jatuh dalam lubang jamban bha! :&

7. Ko bediri dalam lift di tingkat paaling bawah, sudah diorang tanya.
   S: Going up ka?
   J: Eh ndak la, sya tangah tunggu apartment sya turun bha ni... (Y)

8. Bofren ko pigi di rumah ko bawa 1 jambak bunga trus ko masih juga mau tanya dia.
    S: Eeeeehhh, Bunga ka tu?
    J: Tidak la Ling! Paku pakis sama kubis bha ni. x_x

9. Ko di dalam toilet, pintu bekunci, trus ada urang katuk2 pintu dan tanya.
    S: Ada orang kah?
    J: (suara kiut) Teda urang! taik bha yang becakap ni!!! >:/:x bikin panas bha tu soalan... 

Monday, August 08, 2011

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA:Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN

Petikan Utusan  Malaysia......

Promo Sisipan Mega U Beli
 

Kemudahan rawatan jantung di Sabah setaraf IJN

KOTA KINABALU 7 Ogos - Sabah bakal memiliki fasiliti perkhidmatan rawatan jantung yang lengkap dan canggih menjelang akhir bulan ini selepas kerja menaik taraf Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 di sini siap sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, projek menaiktaraf bernilai RM76 juta itu menyaksikan HQE turut dilengkapi makmal rawatan jantung canggih, Cardiac Catheterisation (CATH Lab) yang bernilai RM5 juta.

"Peralatan yang ada di sini adalah setanding dengan Institut Jantung Negara (IJN) dan CATH Lab adalah sama dengan CATH Lab IJN menjadikannya setaraf dengan IJN.

"Jadi saya harap dengan adanya satu hospital baru ini maka rakyat Sabah akan menikmati perkhidmatan rawatan sakit jantung yang lebih sempurna," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke HQE 2 di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Yusof Ibrahim dan Timbalan Pengarah HQE 2, Dr. Francis Paul.

Menurut Tiong Lai, HQE 2 sebenarnya telah menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pada April lalu.

Justeru katanya, kewujudan CATH Lab dan pelbagai kelengkapan perubatan terkini pastinya memberi impak yang besar dalam rawatan jantung di negeri ini.

"Malah sempena lawatan ini saya memberi tambahan peruntukan RM3 juta kepada perkhidmatan jantung untuk menjalankan operasi dan sebagainya," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, projek menaiktaraf HQE 2 yang bermula April tahun lalu menyaksikan pertambahan sebanyak 384 katil baru di hospital tersebut berbanding 130 sebelum ini.

Selain itu katanya, projek berkenaan turut melibatkan pembinaan 12 bilik bedah, tempat letak kereta dan lif.

Sementara itu, beliau menyasarkan sebanyak 2,459 katil disediakan di empat hospital kerajaan di Kota Kinabalu menjelang 2013.

"Pada 2009 bilangan katil keseluruhan di Kota Kinabalu ialah 1,143 tetapi 2011 kita ada 1,527 katil dan apabila Menara Berkembar HQE 1 siap 2013 kita ada tambahan lagi 661 menjadikan 2,459 katil keseluruhan di Kota Kinabalu," ujarnya.

(TAHNIAH! kepada warga kerja Kardiologi dan Kardiotorasik di atas usaha diorang ni.. terutama sekali Dr. Liew Houng Bang yang bertungkus lumus berusaha untuk membina Pusat Jantung Sabah atau Sabah Heart Centre. Segala tunjuk ajar  warga Kardiologi selama lima tahun saya bertugas di Klinik Kardiologi amat saya hargai ke prihatinan, kerjasama bersatu padu (biarpun berlainan kaum dan agama) membuat saya terharu dan bangga. ^.^*)

Sun