Friday, August 19, 2011

HAPIEEE BIrthday.....To Ana. (15/8/2011)


Sebenarnya hari jadi Ana/ Siti Suhana adalah pada 15/ogos 2011.. tapi oleh kerana tak sempat order kek..kami pun order dan ambil pada 17 Ogos. apa lagi c Ana ni..punya la happy..dia nampak saja kotak warna pink. "yeaaaaaa ada kek!!" bila kami buka tambah la dia excited nampak buah strawberry,epal hijau dan merah serta anguur kena susun rapi di sudut kek tu..."Naaaa ada princess.." bila dia nampak gambar Barbie kat atas kek tu..

hehehe kami pun celebrate bila saja saya cakap 'ini kek ari jadi Hana..' kakak dan abang dia trus wish 'selamat ari jadi ana....' kami nyanyi lagu hepi birthday... hahaha gambar dia tiup lilin tu ada bunyi 'fuuuhhhh'..

Memang la budak2 happy sangat kalau kita beli kek..yang ini Choclate moist cake kami order kat pakcik husband saya yang ada buka kedai kek di Pekan Tuaran. nama kedai dia Fortune Cake House..kedai dia kecik ja..tapi kek dia semua mervellous! pengalaman sebagai seorang chef pastry dan pernah bekerja di Kapal Star Cruise..selama beberapa tahun. hehehe (sempat lagi promosi)

Lepas celebrate..kami kami jer...tak sempat nak panggil orang lain..sorry arr..tak sempat jemput..tak sempat masak... apa lagi si Hana ni sampai ke hari besok dia cakap "Tadi Ayah beli kek Ana kan?' salah satu spesel si Hana ni..dia tidak pernah sebut perkataan 'aku' atau 'saya' dia akan sebut 'Ana' nama dia sendiri hihihi ye lah dalam bahasa Arab pun 'ana' tu maksudnya saya juga kan? heheheh

ermm oke la saya rasa sampai sini dulu cerita ni..lain kali ada masa..saya akan update blog lagi..yeerrr..chauuu..

Pesanan EPZ: Anak2 cukup happy sambut birthday walaupun tiada hadiah..yang penting ada kek? macam mana dengan you all?

Tuesday, August 16, 2011

Anak2 ku

Assalamualaikum....
heheh adeee macam teda mood ari ni mo kerja...tapi kerana anak2 ni saya kuatkan juga semangat bekerja... boleh di katakan tadi kami bertiga kena 'bom crazy bang' dari bos 'hukum' hahahha
si kawan sebelah ni dah merajuk tak bercakap...dia cakap dengan saya...'bikin hilang mood' hahahha tapi yang disebelah lagi...enda kisah dia cakap...'mari kita daftar SPRPP ni,biar banyak biar lambat kena kasik sah'.. saya oke ja...walau dalam hati tadi agak marah..lainla kalau kami duduk2 ja disini teda buat kerja lain...ini macam2 kerja kamiurang buat...yang berkaitan dengan skop kerja kami..

tapi bila saya tengok gambar anak2 saya yang tiga orang ni..(ini baru yang tiga orang anak saya 5 orang semuanya) saya terpaku dengan senyuman dan teringat dengan keletah diorang bila saya pulang rumah. berbaju kuning anak sulung saya. kami panggil Ira, dia ni pandai jaga adik2 lebih2 lagi yang c kecil (berbaju putih) c Fikri...kalau kami semua cuba buat dia ketawa...Ira saja yang pandai buat dia ketawa terkekek kekek...kalau kami herm langsung tiada keluar suara...mulut ja ternganga...hahahahah

anak saya yang berbaju hitam (baju tradisi kaum kadazan) c Nurul pun pandai jaga adik kalau tadi kakaknya umur 8 tahun dia ni umur 7 tahun..yang kecil tu umur 8 bulan pada 21 ogos ni. cerita c Nurul ada lain sedikit..lain bukan apa pada tahun 2009 dia disahkan oleh doktor mengidap CRHD (cronic Rheumatic heart disease) iaitu sejenis jangkitan injap jantung...3 daripada 4 injap jantungnya di jangkiti kuman dan menyebabkan ketiga2 injapnya rosak...tapi, syukur alhamdulillah..buat masa ni, Nurul belum memerlukan pembedahan..dia on ubat empat jenis ubat..Captopril, Digoxin, frusemide dan penicillin. Dia sangat aktif kalau bermain sampai saya dan suami pula yang risau tengok dia aktif bila bermain...tapi kadang2 Nurul ini susah betul nak suruh makan ubat sampai saya marah...tapi ada masanya dia tidak perlu diberitahu time makan ubat..tup tup dia cakapp 'ibu aku sudah makan ubat'..hehehe

begitulah cerita ketiga2 anak2 saya yang ada dalam gambar ni. Ada lagi yang dua orang Shahidil dan Suhana...lain kali saya akan ceritakan gelagat diorang pula yer... sampai disini dulu...jumpa lagi...

Pesanan EPZ: The only reason I live, is my kids kisses. The only reason I smiles, is my kids smiles. The only reason I work at the same post, is my kids, educations, needs and their health and the only reason I breath is Allah is still give a chance to see this world and the loves i have from my family...

Friday, August 12, 2011

HAHahaha just imagine kalau kamu....

Just Imagine laa
 
satu hari kamu mo pigi gunting rambut .... dalam kedai gunting tu....
kamurang inda tahan sudah mengantuk nih.... dan pelan2 kamu pun ter black out..... ZZZZzzzzzzz
 
then, ini tukang gunting....pun kasik bangun kamu...bila kamu tingu jam tangan..ALAMAK!!! dah jam2.00! aiyaa meeting...
 
lepas bayar kamu pun bergegas kuar....nasib baik keta paking dekat saja.
drive la kamu pergi pejabat.....
sampai saja di pejabat semua orang terbeliak mata tengok kamu...
kamu perasan...hehehe baru gunting rambut kan?
 
yang gadis2 pula tutup mulut tahan ketawa...kamupun perasan hensem....
 
masuk pejabat ambi fail terus masuk bilik mesyuarat...terbeliak mata bos tengok kamu..
kamu senyummm... :]
then dengan tidak semena2 bos tanya...di mana kamu begunting tadi Dam?
kamu jawab 'kedai baru bos...murah lagi..'
'oh ye ke tapi lawa aaa guntingan dia?'
kamu jawab 'hehehehe' sambil meramas rambut....tapi......
 
nah pilihla kamu mana satu style rambut yang kamu mau...heheheheh
 
Pesanan EPZ: jangan tidur time kena gunting rambut...nanti....arrr paham2 je la...

Thursday, August 11, 2011

IMBUHAN TAHUNAN DAN BAYARAN KHAS PRESTASI TAHUN 2011

Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran 
Khas Prestasi bagi tahun 2011 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam 
Persekutuan bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjayakan 
pelaksanaan program pembangunan negara. Ini juga sebagai satu langkah untuk 
meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin 
meningkat.  Imbuhan Tahunan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan 
dan Profesional serta Kumpulan Sokongan manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar 2 
kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Kadar Imbuhan Tahunan dan 
Bayaran Khas Prestasi yang ditetapkan adalah sebanyak setengah (½) bulan gaji atau 
minimum RM500.00.  

Alhamdulillah dan berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia. boleh la saya beli barang2 untuk anak2 saya..selain barang2 untuk raya, kuih raya..errr bahan2 utnuk buat kuih raya...hihihihi...



EPZ says: maklumla dah dua tahun terima duit raya RM500 jerr... saya masih ingat tahun 2009 terima RM500 tu...tapi saya gunakan untuk anak sya yang masuk wad dan beraya di hospital pada tahun 2009.
Sun