Wednesday, February 10, 2016

#First Giveaway by Shazhoniee

<3 Assalamualaikum <3

Suasana petang ni... terasa angin ekon yang sepoi sepoi sangat sempoi...
heheheh
 mengarut macam *korut (lelabah)
Bha bha nda mau cakap banyak sya pun mau join segmen ni....
hihihi macam best2 ja hadiah dia ni...
okey kamurang cepat join... 
kamu takan itu banner yang macam gambar di bawah...
pastu... ikut arahan dia...
ah bukan susah follow sana---follow sini---
okey lah... senang kerja...
ngeee....


teruuuuussss
dia suruh tag kawan-kawan... ui ui sepa yang ada blog sini angkat tangan...


urmmm..... itu saja kali lah...
Harap siapa-siapa yang join ni... akan murah rezeki....

Pesan EpZ: #SELAMAT PENGANTIN BARU SAMA SI STACY DAN HUSBAND DIA SI AKIM (naah jadi orang Sabah bha si Akim) :-D

Bukan senang menghadapinya.

<3 Assalamualaikum <3

Hai...
Belum terlambat lagi bha kan saya mau ucap
Selamat meyambut Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai...

Sudah habis cuti 4 hari... macam2 benda yang dibuat di rumah...
penat? ah tidak lah... happy dan seronok dapat berkumpul sama keluarga.

Kalau tingu dari tajuk saya di atas, saya mahu cerita pasal anak saya bha ni.
Di rumah nampak dia, dapat pantau aktiviti dia supaya jangan telampau banyak bergerak ubat pun makan setiap 8 jam. (3 x sehari)

Last week dia ada appointment dengan doktor pakar Dr. Siva Rao (Pakar Kardiologi Kanak-kanak)
di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu. Ayah dia yang terpaksa bawa sebab cuti rehat saya sudah habis kelayakan saya guna masa dia masuk wad hari tu.

Menurut ayahnya doktor cakap keadaan jantung Nurul sudah tidak boleh tunggu sampai hujung tahun ini.
Maksudnya dia kena buat pembedahan dengan segera sebab 90% injap jantung dia sudah rosak.
Tersentak dan terkedu saya masa ayah Nurul bagi tahu hari tu macam mo mengalir saja air mata ni.
Tapi, kami tidak mahu tanggung risiko, serahkan kepada yang pakar.
Bulan depan Nurul akan jumpa doktor lagi untuk tentukan tarikh pembedahan.
Bila ada kawan-kawan tanya pasal keadaan kesihatan Nurul dan bila perlu buat pembedahan,
saya rasa macam mahu menangis saja depan diorang.
Bukan mahu minta simpati tapi, tidak tahan sebak di dada ni. kalaulah injap jantung ni boleh di bagi sama Nurul macam kita bagi buah pinggang atau hati, saya sanggup bagi.

Bila di ingat muka Nurul yang semakin pucat, saya rasa macam mahu pulang saja.
Rasa macam tidak mahu kerja, mahu jaga dia di rumah. Tapi saya perlu kuatkan semangat saya untuk kerja
untuk terus gigih supaya Nurul pun terus gigih untuk meneruskan hidup dia.
Memang dia tidak cakap yang dia takut untuk hadapi pembedahan jantung.
Tapi, saya nampak air muka dia setiap kali kami bercakap pasal pembedahan.
Saya bagi tahu dia, serahkan kepada Allah s.w.t. Dia yang menentukan segalanya.
Hanya Dia yang akan melancarkan semuanya. Percaya kepada Allah s.w.t.

Saya tahu suami saya pun memang rasa sedih dan risau,
tapi bila kami tengok sepupu dia yang sudah buat pembedahan yang sama tahun lalu.
Kami agak lega sikit. Harap semuanya akan berjalan lancar nanti.

Pasal kos,  saya baru tanya di Unit Kebajikan Hospital.
Diorang cakap boleh guna kelayakan saya sebagai kakitangan awam.
Alhamdulillah.... memang beberapa hari ni risau juga saya dan suami pasal kos ni.
Tapi, kalau urgent terpaksa beli peralatan dulu baru claim kemudian.
Rasanya kos tukar injap jantung bukan murah kan? ada sampai beribu juga.
emph... harap saya sempat mohon kos perubatan tu sebelum pembedahan.
Kalau tidak.... macam mana lah ni??

Buat pinjaman bank?
bukan senang...ambil masa proses tapi belum tentu boleh lulus pinjaman.

Buat pinjaman AhLong?
ui! Ahlong memang boleh tolong tapi dapatkah bayar balik?
kena ada komitment juga bayar sama diorang tu baru boleh selamat.
(sebenarnya bukan semua ahlong mahu bagi pinjaman. pandai juga diorang tingu komitmen kita.
Ada juga ahlong yang berhati perut tidak bagi orang pinjam besar kalau tidak mampu.Nanti saya cerita pengalaman saya masuk di kedai ahlong.. masuk ja pigi jumpa kawan sana)

Fikir balik....fikir balik... macam mana mahu selesaikan perkara ni...
Tunggu la sampai tarikh temujanji akan datang.
Tengok apa plan doktor dan bila tarikh pembedahan akan dijalankan.

Pesan EpZ : bukan senang mahu hadapi semua ni... setiap tahun memang ada saja dugaan yang akan menimpa. macam orang bilang cerah di pagi hari tidak semestinya cerah sampai petang... 

Friday, February 05, 2016

Nota dari Seorang Kakak.

<3 Assalamualaikum <3

Hai semua...
Hari ini 
Pagi tadi masa saya mau seterika pakaian, sya tenampak buku nota kecil si Nurul. Saya pun belek2 la..
Terus terjumpa nota dari kakak dia si Ira. Saya pun baca lah kunun saja mau tau apa yang kakak dia tulis.
Mula-mula dia marah adik dia.
dia tulis sana.

"Nurul, Pasal ko la.. sya nda dapat tidur di katil sya sendiri." 
(sebab bapa dia suruh tidur di tempat mentua selama 2 minggu tu)

"Pasal ko juga la sya sama adik2 lain nda dpat makan masakan ibu di hujung minggu,"
(sebab saya dan suami jalan pergi kerja awal subuh dan pulang rumah paling awal la jam 7:30)

"Pasal ko jugalah hari pertama saya masuk sekolah menengah nda dapat salam cium ibu, kami semua pigi sekolah nda dapat salam cium ibu. SUNYI!" 
(mesti dia rasa sunyi sebab nda dengar alarm clock dari ibu dia ni"

"Kalau sya marah ko suruh ko makan, mesti ko nda mau sebab teda selera kunun"
"sebab kenapa? Sebab.."
1. kau sakit.
2. kau sakit.
3. kau sakit.
4. kau sakit.
5. kau sakit.
"kau tau ka, ko nda makan yang saya masak, ko pikir hati sya nda sakit? sebab ko nda mau makan?Pastu ko mengadu sama nenek, ko mengadu sama ibu yang sya marah ko. sakit aty tau!"
"kalau ko kena suruh makan ubat, makan saja lah. ini bila kena tanya suda makan ubatka? ko jawab 'ya' padahal belum"
"sakit aty sya tau ko nda makan ubat, sekarang ko di wad, ko ingat sya nda sedih?" 
"yala sya selalu marah ko sebab nda makan, sebab nda makan ubat."
"ko tau kenapa? ha? sebab saya sayang bha sama kau"
"kau kan adik saya, memang la saya sayang sama ko, sama adik2 kita yang lain"
"tapi jangan harap saya jadi macam kakak2 orang lain, yang lemah lembut bila becakap,
saya ni kakak ko jenis bengis punya orang, pemarah dan jahat"
Tapi, satu saja kau mesti mau ingat... SAYA SAYANG SAMA KAU!!
Dari Kakak kau yang saturang saja di dunia ini.
<3 <3 IRA!  <3 <3 :-)

Ugh! tersentak dan terharu saya terbaca dia punya nota tu. siap ada <3 <3 lagi. 
Marah2 sayang dia sama adik dia ni.Ni pula perasaan dia selama kami di wad hari tu. 

Sedih dan terharu. :'(

Pesan EpZ : kepada siapa2 yang berstatus adik tu... jangan anggap kamu punya kakak atau abang yang selalu buli kamu tu, nda sayang sama kamu... kalau kamu dalam kesusahan diorang la orang pertama yang akan hulurkan bantuan. saya tahu sebab saya pun kakak.

Monday, February 01, 2016

Segmen Blogwalking & Bloglist by Aina Akmal

<3 Assalamualaikum <3

Apa kabar semua blogger dan blogwalker...

Hari ini Ennor nak join satu Segmen.
Seperti yang kamurang sedia maklum macam tajuk yang diatas tu...

Segmen dianjurkan oleh tuan punya blog... Aina Akmal
Macam biasa Syarat dia 
1. Follow Blog Aina Akmal  (bagi yang mau join tapi belum follow)
2. Pastu join la segmen ni...

Syarat seterusnya kena klik ni banner di bawah...
Cepat2 join segmen sampai 10 Feb 2016 saja ni.


(Psst abaikan tarikh di banner tu)

Oke tuan punya blog tanya soalan gini...
 Apakah memori anda yang paling bahagia pada tahun lepas?
Hmmmm Memori yang paaaaling bahagia tahun lepas ya? hmm banyak eh! mana satu mau bagitau dulu aa?
oke saya selamat melahirkan baby boy yang cute dan anak ke-6 (anak dah ramai daah 3girls dan 3 boys) apa yang paling manis semasa melahirkan baby Nazri (baby sado) ni ayahnya join kita dalam labour room (father friendly) yang memang disediakan oleh pihak Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah. Kami telah menjalani kursus Father Friendly sebelum saya bersalin tu. Boleh review story disini. Masa dalam Labour room tu sempat lagi si ayah bercerita dengan nurse yang menyambut baby kami tu. Rupanya nurse tu isteri kepada staff dia semasa kerja di tempat lama. hihihi. Apa yang saya ingat masa bersalin tu saya sempat dengar diorang cakap "ai!? tangan pula dulu keluar" 0_0* rupanya lepas keluar kepala si baby keluarkan tangan kirinya. Si bapa tidakla panik mana tengok kita bersalin, dia bagi support tolong kita gosok belakang. Cuma masa contraction tu tenggelam kuku saya di lengan dia nasib baik dah potong kuku ^_^'. setengah jam lepas baby lahir terus bapanya bagi nama "kita bagi nama dia si Kici, sebab dia paling kecil" erk! kecil apa pula dialah paling berat 3.15kg abangnya baru 3.10kg. heee.
Saya cuti bersalin 3 bulan dan tambah lagi cuti tanpa gaji kerana menjaga anak selama 3 bulan. so, cuti saya 6 bulan hehehe... 
Tidak mau ketinggalan saya kongsi gambar si Mohammad Nazri @ Kici (tapi nenek dia panggil dia si Ce'ce') atau bapanya panggil baby sado.
Enjoy!!
Kepada bakal blogger yang mau join segmen ni.. semoga berjaya *\^.^/*

Saya Tag Kamu... 
Ieyra
Leiya

PEsan EPZ: pesanan penaja ari ni... semalam saya masak sayur tomyam! (tak tau nak cakap apa) -_-'

Sun