Tuesday, August 02, 2011

Peristiwa di Hosp.Queen Elizabeth (1) Kota Kinabalu

Sebelum ni sya ada bagi tau yang Hospital Queen Elizabeth (1) ada buat hari terbuka sempena kaamatan kan? Nah hari ni sya mo cerita pasal hari terbuka bazaar di hospital ni juga yang diadakan pada 28/7/2011.Selama 8 tahun sya bekerja di sini, blum pernah pun kena buat bazaar ni...tapi bagi saya cetusan idea untuk mengadakan bazaar ni sangat baik dan patut di anjurkan pada setiap tahun. Selain daripada hari terbuka hospital ini sempena ulang tahun kan? 
Masa saya pergi di bazaar tu....punya la best! Di tangan saya ada kupon berharga RM20 sampai saya jemput kawan2 yg ada di Facebook supaya datang...tapi saturang pun teda yg contact saya..alala..napa kamurang macam tu? Sampai saja saya d bazaar tu...punyala ramai orang macam di tamu! Susunan gerai jualan dan pameran sangat teratur....mula2 masuk, jumpa gerai2 pameran dan kebanyakannya pameran kesihatan memang kena la sebab diadakan di hospital. Di barisan tengah haaa ni yang pompuan2 sangat suka! gerai menjual pakaian, aksesori, beg tangan dan purse dan juga kraf2 tangan, pastu jalan sikit... ada gerai jual tumbuh2an...iaitu pokok stavia atau orang biasa panggil daun gula...daunnya memang manis dan menurut orang yg mempromosi pokok stavia ni iaitu orang Agro pertanian, daun gula ini sangat selamat digunakan oleh pesakit diabetic atau pesakit yang mengidap kencing manis.

Bila menuju ke bahagian belakang car park...eh lupa pula saya bagi tau di mana bazaar ni diadakan. Bazaar ni di adakan di bangunan paking ground floor jadi penggerai tidak perlu bersusah payah menongkat payung dan selamat daripada panas dan hujan :). Hah bila jalan ke bahagian belakang disana la gerai paaaling saya suka iaitu gerai makanan! Heheheh macam2 kena jual bila saya toleh kiri eh eh ada lori jual aiskrim... so cute! 
Gerai jual burger dan sayap bakar cuma ada satu saja...huiii yoooo lumayan pendapatan geng! Ada jual kek, kuih2 melayu dan macam2 lagi la, trus Kak Medah cakap 'naaah Zurah napa ko enda bawa bun ko? Kalau ko bawa tu laku tu tau!' sya jawab, 'apa boleh buat kak....teda karan sampai pagi kami d rumah, kabel di tiang tu meletup lepas SESB kasik bagus transformer yg shutdown time ribut petang kemarin...' :( yela bukan rezeki apa boleh buatkan?
Di tengah2 sebelah tepi dekat paking tidak beratap ada pentas tempat artis2 jemputan menyanyi...tapi saya enda sempat tengok c Felix Agus menyanyi...dj2 KKFM (bukan sekadar muzik) AJ dan Nizz yang jadi mc majlis...aduuuiii happening ooo diorang macam dalam radio...hahaha tapi saya kecewa c Dj Ramli Carlo tidak datang dia cakap dia ada kelas tambahan...enda apala....pusing punya pusing punya pusing kupon saya enda abis sebab saya tidak tau apa lagi mo beli hahaha sya bagi sama auntie Veron dia menggeleng, sya bagi sama c Suzzely pun dia menggeleng, sya bagi sama tu student nurse yang berdiri di sebelah saya...Pun!diorang menggeleng adeeee orang belanja pun nda mau? Last2 saya sama Kak Medah beli makanan...makanan lagi.....hehehe...ada satu purse tu punya lawa sama beg sandang sya admire betul! Harga kedua dua barang tadi RM63 boleh tahan la...tapi....ngaaaa saya tiada bawa duit lebih...kunun nanti datang balik tapi bila sudah naik opis....kerja sudah menunggu nguehehehe buat itu buat ini...haaaaiiiiii tengok jam dah 4.30ptg..ups masa untuk balik....sebab saya masuk jam 7.30 pulang jam 4.30ptg...so teda harapan lagi la...biarpun gerai tutup jam 5petang...manada lagi tu kan? Ermmm apa boleh buat...

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun