Tuesday, March 25, 2014

Pesawat MH370 terakhir disahkan berada di Lautan Hindi

Assalamualaikum....
Semalam 24/03/2014 jam lebih kurang dalam 2130hrs. PM kita mengumumkan dan mengesahkan yang pesawat #MH370 terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi. Saya tengok raut wajah PM menahan sedih, boleh tau dari tone suara beliau serak menahan sebak. Jantung saya ikut berdebar menunggu keputusan yang bakal diucapkan oleh PM Malaysia ni. Habis saja ucapan beliau saya nampak ada dikalangan wartawan turut mengesat airmata tanda sedih dan pilu. Hati saya turut sama sebak bila teringatkan para penumpang dan kru kapal tu. Tidak siapa menyangka kejadian tersebut. kini penduduk di seluruh dunia sangat mengharapkan siasatan lebih terperinci dilakukan keatas pesawat tersebut,  mcm mana la dia* boleh sampai jauh ke koridor selatan tu? Apa yang dia mau buat disana tu? Apa yang dia cari sana tu? Siapa yang bawa dia sana tu? Dimana la dia mau pergi tu sebenarnya? Siapa sebenarnya yang mematikan pengesan radar di pesawat tu?
Harapan kita supaya kotak hitam itu dijumpai kita didedahkan apa yang ada dalam kotak hitam tu tanpa ada yang disembunyikan. Rakaman yg terkandung di dalam kotak hitam tu didedahkan.tiada tapuk tapuk*. Tiada spekulasi lagi... Kita sudah cukup penat mendengar spekulasi demi spekulasi sejak dari hari pertama pesawat itu ghaib. Sampaikan ada bomoh yang 'menilik' dan memaklumkan dunia yang pesawat itu 'tergantung' di antara 3 negara. Saya pun tidak taula kalau ada orang percaya dengan bomoh tu. Itu semua terpulang dengan diri masing2. Bagi saya, kita hanya berserah kepada Allah s.w.t dan juga mereka yang percaya kepada tuhan mengikut anutan masing masing.
Selepas saja pengumuman itu disampaikan saya dengar dan terbaca  ucapan takziah disetiap laman sosial tidak kurang juga ucapan yang tidak menyenangkan. Saya pun tidak tau kenapa ada juga manusia yang tiada perasaan langsung! Ucap ayat yang sangat menyakitkan hati lebih2 lagi ucapan tu ditujukan kepada anak salah seorang kru pesawat MH370 tu. Ni mesti dia ni kekurangan kasih sayang. Tu sebab dia cemburu bila terbaca status orang yg sedih bila kehilangan orang tersayang.

Ah jauh betul sudah saya tersasarkan? Hmmm tapi ni cuma pendapat saya sendiri tiada mngkritik atau menyalahkan sesiapa. Ini cuma pendapat saya. Jadi saya cuma luahkan apa yang terfikir.

Rujukan *dia - pesawat MH370
               *tapuk tapuk - bersemhunyi.

Pesan EPZ: Jangan suka suka hati ja mo post komen/status tanpa memikirkan sensitif perasaan orang lain.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun