<3 Assalamualaikum <3
Sambung cerita si Nurul semasa admit di hospital.
28/06/2016
Awal pagi saya terpaksa pergi kerja tinggalkan si Nurul di wad, minta tolong nurses bertugas untuk tengok-tengokkan Nurul. Walaupun memang nurse akan datang tengok Nurul tapi kena bagitau juga sebab kita sebagai penjaga kena sentiasa ada. Saya cakap kejap lagi ayah dia datang temankan Nurul di wad.
Jam 10 pagi macam tu ayah Nurul telefon bagitau yang Dr. Siva ada datang tengok Nurul di HWKKS dan dia minta Doktor yang incharge wad itu pindahkan Nurul ke Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2). Supaya dia boleh pantau Nurul disana. Lagi pun memang wad Kardiologi Kanak-kanak bertempat di HQE 2. HQE 2 adalah pusat rawatan jantung di Sabah.
Di HQE 2 Nurul ditempatkan di Wad Kardiologi Kanak-kanak (Paediatric Cardiology Ward / PCW).
Jam 5 saya ikut shuttle bas yang disediakan oleh pihak hospital yang berulang alik dari HQE 1 ke HQE 2 setiap satu jam bermula seawal jam 7 pagi dan dari HQE 2 ke HQE 1 bermula jam 7.30 dan selang sejam. Malam Nurul tidur pun rasa tidak berapa selesa oksigen di naikkan ke 2 litter dan bantal di tambah satu jadi dua dan tempat tidurpun dinaikkan. Di wad PCW hanya ada 4 atau 5 bilik sahaja. Hanya satu bilik sahaja yang menempatkan satu pesakit yang lain semua bilik berdua.
29/06/2016 - Sebelum saya pergi kerja saya sediakan sarapan untuk Nurul susu dan bread. Apa yang Nurul minum, disukat begitu juga Nurul kencing juga disukat. Minum tidak boleh melebihi 800ml 24jam. Cawan pula ada sukatan memang payah waktu ni. Sebelum sarapan Nurul di timbang berat. Periksa tekanan darah dan suhu badan. Ini rutin bagi setiap pesakit yang admit di wad ada sesetengah penyakit yang doktor perlu pantau tekanan darah dan suhu badan setiap jam.
Memang pesakit rasa terganggu tapi kalau mau sihat kena lah ikut arahan dan patuh rutin pemeriksaan jangan komplen belakang terutama komplen di laman sosial. Tak mau jadi macam tu... jaga kesihatan supaya tidak masuk wad. (eceh tiba-tiba masuk bab ni pula)
jam 7.15 saya turun ke lobi hospital untuk naik shuttle bas ke HQE 1, selepas ayah Nurul datang ke wad untuk menjaga Nurul (ambil giliran menjaga). Nasib baik ayah Nurul boleh ambil syif kerja petang supaya kami boleh bergilir jaga Nurul. Anak-anak dirumah terpaksa berkorban urus diri sendiri. Nasib baik saja tinggal bersebelahan saja dengan mentua.
Habis kerja kejar lagi bas ke HQE 2 pada jam 5 petang.
Lebih kurang jam 8 malam Dr. Amizah (dari Jabatan Kardiotorasik - bedah jantung) datang jumpa kami di wad. Berbincang dan bagitau pembedahan Nurul akan dibuat seminggu selepas Raya Aidilfitri. Iaitu 13 atau 14 Julai 2016. Cuma masa itu sahaja yang ada kosong pembedahan tidak dilakukan semasa perayaan melainkan ada kes kecemasan sahaja. Saya cuma mengangguk faham Nurul pun mengangguk faham. Kemudian datang Dr. Nurul Ain atau Nurain (saya pun lupa mana yang betul) dia cakap dia akan jaga Nurul sepanjang Nurul di wad. Nurul senyum saja, senyum dalam kepenatan.
Malam Nurul rasa sakit dada dan sesak nafas serta batuk. Saya panggil nurse minta tolong tengok. Nurse pun risau tengok keadaan Nurul dia cepat-cepat telefon Doktor On call. tidak sampai 10 minit Dr. Amabelle datang tengok Nurul diperiksa keadaan Nurul. Nurse ambil mesin ECG (Electro Cardio Graph) untuk tengok rentak jantung Nurul. Lepas tu saya urut-urut belakang Nurul, mau nangis pun ada masa tu. Tapi saya kena tabah dan berfikir tidak akan menangis walau apa pun terjadi. Saya nampak Dr menghantar mesej kepada pakar Dr. Siva. Dr. Amabelle cakap awal pagi nanti Dr. Siva akan datang tengok Nurul.
Rasanya setakat ini saja yang mampu Ennor cerita dulu. Bila kenang balik balik sebak dada Ennor.
Sampai berjumpa lagi. Ennor harap pembaca sabar ya.
Terima kasih sebab sudi membaca luahan Ennor ni.
Pesan EpZ : Baru-baru ni Ennor terbaca post-post di laman sosial yang komplen pasal doktor dan nurse yang merawat di hospital dan klinik. Terutama yang tidak dapat MC. Alaa kalau setakat selesma dan demam biasa... nda payah la ambil MC... Pegi ja kerja tapi ambil parking jauh supaya boleh jalan kaki keluarkan peluh.baru segar badan...Saya hari tu dapat MC sebab cirit birit bukan tambah sihat tambah teruk lagi sebab dah di rumah jumpa tilam tiduuuur sajalah. Besok-besok pergi kerja layan kerja layan makanan yang ada dimeja kawan... tup-tup sihat la pula.. hehehe