Monday, March 29, 2010

hujan! Kemarau!

Kemarau! Hujan!
Hujan! Kemarau!
Mana yang kita pilih?


Kemarau?
Kalau berpanjangan...susah.
Mau juga cari hujan
Merungut tidak cukup air
Merungut tidak cukup sejuk
Merungut suhu terlampau panas
Merungut, merungut, merungut...


Hujan?
Kalau hujan lepas kemarau
Semua orang bersyukur
Sekali sehari pun cukup bersyukur
Dua kali sehari nyaman
Tiga kali sehari dah mula merungut
Merungut tidak dpt keluar
Merungut tidak dapat buat aktiviti di luar

Kalau sepanjang hari hujan?
Termenung dari dalam rumah
Merenung keluar
Bertanya kenapa hujan belum berhenti?
Bertanya kemanakah sang mentari


Hujan? Kemarau?
Kemarau! Hujan!
Alam kita sentiasa berputar
Bersyukurlah hanya hujan dan kemarau
Kalau ada musim salji lagi?
fikir la sendiri....

by; EPZ 1350pm(29/3/2010) @ AuditoriumHQE2 KK.

Wednesday, March 10, 2010

Rumah ini,Rumah Itu

Rumah ini…..
Duduknya ditengah belantara
Damai…..
Ditemani pepohon hijau
Yang tinggi berdaun lebat
Melindungi tembusan hangat
Sang mentari…..
Muzik alam bergema
Burung-burung… tetupai…
Yang menyahut…..beralun
Bersama geseran dedaun pokok
Bersama geseran pohon sang buluh
Suara alam mendodoikan
Si anak kecil tidur nyenyak
Dibuai ibunya di rumah ini.


Rumah itu….
Duduknya ditengah belantara
Amboi!
Tingginya bertingkat-tingkat
Berwarna –warni dindingnya dicat
Bertambah tinggi mencakar langit
Sang mentari terlindung
Tetapi tidak pada bahang hangatnya
Muzik Kota bergema
Siang malam rentak yang sama
Vrooom……Zoooom….
Keriuhan warga kota
Anak muda mudi berseronok
Seperti tak ingat akan pada
Rumah itu….

Monday, March 01, 2010

Misi Menyelamat...

>Pada 24 Februari lepas..

sya mo pulang suda...dalam perjalanan sya tenampak la beberapa orang awam dan penjawat awam hospital berdiri ditepi longkang yang berpagar dan gril..diorang tejenguk jenguk ke arah longkang tu..heran la sya ni..apa lagi sya pun pigi la juga menyibukkan diri nih..
Tau2 ada kucing temasuk dalam longkang ... Matron (salah satu jawatan tinggi dalam jawatan Jururawat) sibuk suda suruh panggil security mo pegi selamatkan ni kucing yang suda basah kuyup dan berpaut pada tepi dinding longkang. Kesian sya tengok mengiau ngiau lagi ni kucing.yang sya tau ni kucing ada anak kecil...
Sun