>Pada 24 Februari lepas..
sya mo pulang suda...dalam
perjalanan sya tenampak la beberapa orang awam dan penjawat awam
hospital berdiri ditepi longkang yang berpagar dan gril..diorang
tejenguk jenguk ke arah longkang tu..heran la sya ni..apa lagi sya pun
pigi la juga menyibukkan diri nih..
Tau2
ada kucing temasuk dalam longkang ... Matron (salah satu jawatan tinggi
dalam jawatan Jururawat) sibuk suda suruh panggil security mo pegi
selamatkan ni kucing yang suda basah kuyup dan berpaut pada tepi dinding
longkang. Kesian sya tengok mengiau ngiau lagi ni kucing.yang sya tau
ni kucing ada anak kecil...
Selepas beberapa minit datang 2 orang security dan
dua orang pembersih hospital..orang awam yang melihat, masing2 bagi
idea macam mana mo selamatkan ni kucing..seorang security yang bebadan
kecil cuba menyusup dari tepi pagar mata punai yang mudah lentur..dapat
dia masuk...dia berdiri di tepi longkang tu dan cuba hulurkan kayu sama
ni kucing ..tapi tau la kucing memang takut air...mungkin kerana riuh
rendah orang ramai dan kayu yang ada di depan kucing ni..dia melompat ke
dalam air..orang ramai yang melihat ada yang menjerit (mungkin takut tu
kucing lemas)
Tiba2 ni kucing muncul sambil berenang menuju
ke hujung sebelah longkang yang ada jalan susup keluar... Akhirnya misi
menyelamat berjaya walaupun kucing tu sendiri yang
berusaha..walaumacamana pun keprihatinan orang awam dan beberapa
kakitangan hospital (termasuk Security dan pembersih hospital) kucing tu
tidak mati lemas atau kesejukan...
saya sempat ambil beberapa
gambar sebelum handphone sya hang tiba2..adooiii.... Anyway! Tahniah
dan syabas kepada yang terlibat dalam misi menyelamat ini.... ^_^*
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...