Saturday, February 20, 2010

Kehilangan 3 Doktor dalam kemalangan maut.


Assalamualaikum.....
Masih terngiang-ngiang di telinga saya bila satu petang 7 Februari, Hubby pulang dan bertanyakan "Nor, ada ko baca paper ari ni?' sya jawab 'teda, napa bang?' ....'ada eksiden... 3 doktor mati'. Tub! jantung sya terkejut...aduh dalam fikiran tertanya, sepa la doktor tu?...perasaan sya sedih, dalam fikiran sayangnya negara kehilangan 3 orang doktor..satu kehilangan besar! aduh..tidak sabar rasa sya mo baca paper tu. Bila hubby bagi paper tu sama sya...terkedu sya tengok gambar kereta BMW itu remuk atap dan lantai kereta menjadi satu macam sandwich...sebak dalam hati...sya baca lagi...3 orang doktor tu bertugas di Hospital Likas...dan masih dalam latihan...aduh! tuhan saja yang tahu perasaan sya masa tu...kejadian kemalangan itu pada malam 5 Februari.
Dalam kereta itu, terdapat 4 orang doktor, 3 maut dan satu cedera parah. Dipercayai kenderaan yang dorang naik tu melanggar sebuah bas mini di Jalan Pantai Sembulan. Bas mini yang sarat dengan penumpang dan salah seorang penumpang turut maut dalam kemalangan itu.
Hari Selasa 9 Februari 2010. kebetulan Hospital Queen ada perhimpunan bulanan...bila saja gambar2 mendiang doktor2 itu di tayangkan ramai warga HQE yang mengalirkan air mata..satu kehilangan yang amat terasa..kerana mendiang semuanya ramah kepada pesakit dan sesama rakan sekerja..satu pungutan derma ikhlas diedarkan kesetiap Jabatan/Unit/Klinik dan wad untuk membantu meringankan beban keluarga mendiang lebih2 lagi mendiang Dr. Wong Wai Choong (28) di mana perayaan Tahun Baru Cina sudah hampir.
Masa sya menaip ni pun masi terasa sebak di dada...lebih2 lagi..keratan akhbar ni masi ada di depan mata saya...semoga keluarga mendiang tabah menghadapi kehilangan ini.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun