Monday, November 21, 2011

Mahu Tukar Telefon pintar? yang lebih Canggih??


Telefon pintar telah menjadi kebiasaan kepada pengguna di negara ini setelah masuk ke pasaran dalam tempoh yang sangat sekejap. Bayangkan, dalam masa dua tahun, ia berevolusi sepantas kilat sampai kita tak mampu mengejarnya.

Sekarang, kita tidak boleh lagi berkata "Ah, tunggu lah lagi dua bulan baru aku beli telefon itu, telefon ini", sebab, dalam tempoh masa itu telefon yang anda idamkan mungkin sudah ketinggalan dari segi teknologinya.

Cepat betul masa berubah. Sebaik-baiknya, pengguna perlu memikirkan semasak-masak kegunaan yang akan menjadi sebati untuk tempoh setahun.

Teknologi akan berubah terutamanya dari segi kelajuan dan resolusi skrin. Tahun lepas kelajuan paling maksimum untuk satu telefon pintar ialah 800MHz. Sekarang, kelajuan paling tinggi direkodkan ialah 1.5GHz.

Bezanya memang jauh. Anda boleh bayangkannya begini. Dengan kelajuan 800MHz, tempoh buka satu aplikasi boleh ambil masa sampai satu saat - agak lembab untuk penggunaan telefon sekarang. Tetapi, dengan kelajuan 1.2GHz saja, tempoh buka aplikasi hanya memakan masa sekadar 0.2 saat.

Setakat ini, empat telefon pintar yang tiba-tiba muncul mendadak tapi memang menjadi sasaran yang hebat untuk dibeli asalkan cukup duit dalam poket untuk pelaburan.

Saru daripadanya pastinya iPhone 4s. Walaupun mendatangkan rungutan di kalangan pencinta Apple kerana syarikat itu dikatakan seakan menipu dengan menidakkan pengeluaran iPhone 5, model ini masih hangat untuk dibeli.

Semuanya disebabkan fungsi Siri (arahan suara) yang menjadikan kita seakan-akan dalam alam Terminator atau Stealth. Lagi menarik, kameranya yang jauh lebih baik serta kelajuannya dengan operasi iOS5.

Ok, ia masih belum sampai di Malaysia, satu-satunya yang pasti ialah Samsung Galaxy Note yang dikira mantap dengan skrin besar dan Pen 'S'nya. Dibuat dengan kukuh pada kepantasan 1.4GHz sudah menawarkan produk yang menusuk kalbu. Tergoda mahu mendapatkannya.

Kepada mereka yang sukakan seni, Galaxy Note memang idea paling atas untuk difikirkan. Mana tidaknya, anda boleh lukis di atas skrin sebesar 5.3 inci dengan mudah berikutan kadar responsif pada Pen S memang handal.

Satu lagi yang meleret mata untuk menontonnya ialah Motorola RAZR. Walaupun kelajuannya kurang 0.2GHz berbeza dengan Samsung Galaxy Note, tahap nipisnya memang ajaib. Tabik kepada Motorla sebab berjaya menjadikan saiznya senipis 7.1 milimeter saja.

HTC juga menambat hati, terutamanya dengan Sensation XE yang bekerjasama dengan Beatsaudio. Fuh! Bunyi yang terhasil memang menggegarkan gendang telinga. Seperti biasa, HTC memang lain dari yang lain apabila menonjolkan display qHD jadi skrin anda memang terang dan sesuai untuk menonton filem.

Dalam keempat-empat produk tersebut, mungkin tiada satu yang boleh meyakinkan sejauh mana ketahanan bateri untuk tempoh lama.

Kalau dahulu, kita tak perlu mengecas telefon untuk jangka masa tiga hari malah seminggu sebab tak banyak aplikasi berat untuk dimainkan.

Walau bagaimanapun, zaman sekarang, vendor telefon seperti tiada idea atau menghadapi dilema yang sangat teruk untuk mengatasi masalah bateri. Kalau bateri besar, ia akan menjadikan telefon berat dan tidak akan disukai pengguna.

Setakat ini bateri paling besar pun ialah 2500mAh tapi saiz telefon terpaksa ditingkatkan melebihi 5 inci. Ia memang dilema bagi semua pengeluar.

Satu-satunya cara yang boleh dilakukan sekarang ialah dengan mengoptimumkan aplikasi dibuka dengan sistem tutup pada aplikasi yang tidak digunakan tapi bantuannya agak minima.

Oleh itu, perhatian paling penting pada masa depan ialah tahap penggunaan bateri yang perlu dianggap paling penting bagi pengeluar telefon pintar, bukan fokus pada resolusi skrin yang tinggi atau keupayaan main video HD semata-mata.

Aplikasi akan bertambah dari hari ke hari. Simpanan juga bukan lagi setakat 1MB jadi lebih baik lakukan sesuatu sebelum pengguna kecewa.


Pesanan EPZ: saya guna Nokia 5530 Xpress Music ini pun suda mau dekat 1 tahun pakai...mau tukar...nda mampu kunun..tapi telefon pintar impian saya asal nama dia SAMSUNG...fevret ooo... 

No comments:

Sun