Tuesday, July 29, 2014

Buah pertama di kebun si ennor.

Assalamualaikum semua....
Sebelum tu saya mau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pagi tadi saya melawat kekebun saya almaklumlah dari malam takbir sampailah malam semalam di Tuaran ni hujan lebat sekejap berhenti sekejap.
Masuk saja terus saya mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t sebab buah peria saya menjadi. saya memang suka makan peria sama ada sebagai ulam atau tumis saja dengan telur.

Haah tiang untuk support pokok peria saya tu pula bekas katil besi anak2 yang sudah rosak.Jadi, saya ambil untuk letak di pokok peria. Pada mulanya kami suami isteri mau jual sama tauke besi buruk tapi tiada transport yang boleh angkut barang ni.

Anak-anak pun excited nampak buah peria tu berbuah. Si Nurul cakap 'ibu nanti buat ulam peria?' memang dia ni suka makan ulam peria lebih lebih lagi letak lada padi pedas2. Hihihi insyaallah nak kalau jadi buah tu. Ibu buat juga....

Pesan EPZ: yakin pada diri sendiri berdoa kepada tuhan agar rezeki murah....

Friday, July 25, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.....Lama betul tidak mengepost...apa khabar semua blogwalker? harap sihat saja di bulan Ramadhan ni. pejam celik pejam celik hari ni 27 Ramadhan suda kan?

Alhamdulillah tahun ni tahun ke-2 kami beraya di rumah sendiri selepas rumah siap sepenuhnya tahun lepas.

Tidak macam sebelum ni, semua beli siap sedia.dari kuih raya sampai perhiasan rumah. Tapi tahun ni myhubby mau semua adalah hasil tangan bininya ni.
Salah satunya langsir ni la... ni la first time saya jahit langsir. Dia komen 'okelah walaupun tidak secantik buatan kedai tapi puas hati sebab jahit sendiri.'

simple saja ni...sebab belum berapa campin lagi.InsyaAllah lepas ni boleh la belajar perlahan lahankan?

pesan Epz: InsyaAllah kalau permohonan pindah saya ni diluluskan dari KK ke Tuaran banyaklah masa sya di rumah.

Tuesday, March 25, 2014

Skarang baru saya berani cerita.

Assalamualaikum....

Pasti semua tertanya tanya apa yang saya berani mau cerita ni kan? Oke ni adalah pasal pesawat kita yang hilang tu. Sebenarnya saya ada termimpikan pesawat itu tapi mimpi tu tidaklah panjang sekejap saja.

Dua hari selepas pesawat MH370 itu diumumkan hilang, malam tu saya bermimpi saya berada di dalam sebuah kapal yang terlibat dalam mencari dan menyelamat. Kapal ni berlegar legar di satu kawasan laut yang sangat luas tiada penghujung tiada daratan yang saya dengar dr pilot dia ada sebut "southern". Tiba2 kami dikejutkan dengan panggilan dari radio penghubung bahawa ada team yg nenjumpai pesawat MH370 tu.
Bila kami sampai di tempat pesawat tu saya nampak pesawat ni terbelah dua ekor dan kepala bahagian ekor separuh sudah berada dalam air. Bahagian kepala masih terapung lurus. Apa yang saya nampak cuma pilot dan co-pilot nya saja. Penumpang dan kru pesawat tidak kelihatan, keadaan dalam pesawat kosong. Kemudian saya tersedar dari mimpi.

Pagi tu saya trus ceritakan dengan suami... Tapi tidak secara detail saya cuma bagitau yg saya mimpi kapal tu terbelah dua dan cuma terjumpa mayat Pilot dan Co-pilot nya saja.tapi kedua dua diorang tu tidak selamat.suami tanya 'mana penumpang dan kru yang lain?' saya jawab 'saya tidak nampak diorang' sampai saja ditempat kerja saya ceritakan dengan kawan2 d tempat kerja.ada yang cakap 'ih mudah mudahan diorang selamat' saya pun sama berharap agar kapal tu dapat dijumpai tapi sampai sekarang ni kita cuma di maklumkan yang satelit mengesan dua serpihan besar berada d selatan lautan hindi.

Dan sampai la sekarang ni baru saya berani untuk menceritakn mimpi saya ni. Saya sengaja tidak mau ceritakan pasal mimpi saya ni sebab tidak mau ada orang salah tafsir. Saya bukan siapa2 saya cuma manusia biasa yang punya kehidupan biasa. Cuma mimpi ni yang kadang2 mcm de javu. Saya prcaya kamu pun misti pernah ada mimpi .yang jadi kenyataan kan?

Pesan EpZ: kadang2 saya terkeliru mimpi saya ni. Contohnya bila pegi ke satu tempat utk pertama kali saya rasa mcm saya sudah pernah pergi sebelum tu. Padahal pernah termimpi pergi ke tempat tu.

Pesawat MH370 terakhir disahkan berada di Lautan Hindi

Assalamualaikum....
Semalam 24/03/2014 jam lebih kurang dalam 2130hrs. PM kita mengumumkan dan mengesahkan yang pesawat #MH370 terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi. Saya tengok raut wajah PM menahan sedih, boleh tau dari tone suara beliau serak menahan sebak. Jantung saya ikut berdebar menunggu keputusan yang bakal diucapkan oleh PM Malaysia ni. Habis saja ucapan beliau saya nampak ada dikalangan wartawan turut mengesat airmata tanda sedih dan pilu. Hati saya turut sama sebak bila teringatkan para penumpang dan kru kapal tu. Tidak siapa menyangka kejadian tersebut. kini penduduk di seluruh dunia sangat mengharapkan siasatan lebih terperinci dilakukan keatas pesawat tersebut,  mcm mana la dia* boleh sampai jauh ke koridor selatan tu? Apa yang dia mau buat disana tu? Apa yang dia cari sana tu? Siapa yang bawa dia sana tu? Dimana la dia mau pergi tu sebenarnya? Siapa sebenarnya yang mematikan pengesan radar di pesawat tu?
Harapan kita supaya kotak hitam itu dijumpai kita didedahkan apa yang ada dalam kotak hitam tu tanpa ada yang disembunyikan. Rakaman yg terkandung di dalam kotak hitam tu didedahkan.tiada tapuk tapuk*. Tiada spekulasi lagi... Kita sudah cukup penat mendengar spekulasi demi spekulasi sejak dari hari pertama pesawat itu ghaib. Sampaikan ada bomoh yang 'menilik' dan memaklumkan dunia yang pesawat itu 'tergantung' di antara 3 negara. Saya pun tidak taula kalau ada orang percaya dengan bomoh tu. Itu semua terpulang dengan diri masing2. Bagi saya, kita hanya berserah kepada Allah s.w.t dan juga mereka yang percaya kepada tuhan mengikut anutan masing masing.
Selepas saja pengumuman itu disampaikan saya dengar dan terbaca  ucapan takziah disetiap laman sosial tidak kurang juga ucapan yang tidak menyenangkan. Saya pun tidak tau kenapa ada juga manusia yang tiada perasaan langsung! Ucap ayat yang sangat menyakitkan hati lebih2 lagi ucapan tu ditujukan kepada anak salah seorang kru pesawat MH370 tu. Ni mesti dia ni kekurangan kasih sayang. Tu sebab dia cemburu bila terbaca status orang yg sedih bila kehilangan orang tersayang.

Ah jauh betul sudah saya tersasarkan? Hmmm tapi ni cuma pendapat saya sendiri tiada mngkritik atau menyalahkan sesiapa. Ini cuma pendapat saya. Jadi saya cuma luahkan apa yang terfikir.

Rujukan *dia - pesawat MH370
               *tapuk tapuk - bersemhunyi.

Pesan EPZ: Jangan suka suka hati ja mo post komen/status tanpa memikirkan sensitif perasaan orang lain.

Thursday, March 20, 2014

Pray for MH370

I wonder,
where they r?
What r they doing?
How their life's going on?
When will they coming back?
‪#‎MH370‬
‪#‎prayformh370prayer‬
‪#‎PrayForMH370‬
Ya Allah lindungilah mereka yg berada di dalam pesawat MH370. kembalikanlah mereka ke pangkuan keluarga mereka. Amin amin ya rabbal alamin.

Tuesday, January 14, 2014

Hujan Kemarau...

Hujan! Kemarau!

Mana yang kita pilih?

Kemarau?
Kalau berpanjangan…susah.
Mau juga cari hujan
Merungut tidak cukup air
Merungut tidak cukup sejuk
Merungut suhu terlampau panas
Merungut, merungut, merungut…

Hujan?
Kalau hujan lepas kemarau
Semua orang bersyukur
Sekali sehari pun cukup bersyukur
Dua kali sehari nyaman
Tiga kali sehari dah mula merungut
Merungut tidak dpt keluar
Merungut tidak dapat buat aktiviti di luar
Kalau sepanjang hari hujan?

Termenung dari dalam rumah
Merenung keluar
Bertanya kenapa hujan belum berhenti?
Bertanya kemanakah sang mentari

Hujan? Kemarau?
Kemarau! Hujan!

Alam kita sentiasa berputar
Bersyukurlah hanya hujan dan kemarau
Kalau ada musim salji lagi?
fikir la sendiri….

Sun