Tuesday, July 29, 2014

Buah pertama di kebun si ennor.

Assalamualaikum semua....
Sebelum tu saya mau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pagi tadi saya melawat kekebun saya almaklumlah dari malam takbir sampailah malam semalam di Tuaran ni hujan lebat sekejap berhenti sekejap.
Masuk saja terus saya mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t sebab buah peria saya menjadi. saya memang suka makan peria sama ada sebagai ulam atau tumis saja dengan telur.

Haah tiang untuk support pokok peria saya tu pula bekas katil besi anak2 yang sudah rosak.Jadi, saya ambil untuk letak di pokok peria. Pada mulanya kami suami isteri mau jual sama tauke besi buruk tapi tiada transport yang boleh angkut barang ni.

Anak-anak pun excited nampak buah peria tu berbuah. Si Nurul cakap 'ibu nanti buat ulam peria?' memang dia ni suka makan ulam peria lebih lebih lagi letak lada padi pedas2. Hihihi insyaallah nak kalau jadi buah tu. Ibu buat juga....

Pesan EPZ: yakin pada diri sendiri berdoa kepada tuhan agar rezeki murah....

No comments:

Sun