Thursday, January 01, 2015

Bila anak anak tau diorang akan ada adik lagi.


Assalamualaikum...... apa kabar? lama nda update blog ni kan? mula mula sya mo ucap Selamat Tahun Baru 2015....apa azam tahun ni? tahun lepas punya azam ada tercapai ka nda? sorry la bukan apa... bukan malas nda rajin saja.. hehe last sya update blog sya dalam bulan 7 2014 kan? lepas tu musim buah melanda.... berabis makan buah buahan... durian, bambangan,bulunu/bundu (klu d semenanjung panggil buah binjai) langsat eh macam macam la.... terus tiba tiba satu hari tu sya start rasa mabuk mula2 ingat sebab telampau banyak makan buah buahan becampur campur pula tu. Ngam lagi bulanan wanita sya setiap 3 bulan baru ada. Kunun cuba try test pigi cek air kencing guna UPT (Urine Pregnancy Test) kit yg sya beli dari kedai... dua garis.. huhuhu positif... nda puas hati seminggu lepas tu ambi lagi UPT dari lab di tempat kerja. Juga positif baru bagitau en.hubby. hihi dia senyum.... dia cakap fikri jadi abang... fikri ni anak kami no 5. Alhamdulillah rezeki bertambah... biarla tiada harta di dunia... anak2 ni harta dunia dan akhirat.

Lama juga baru bagi tau dekat anak2 yg lain... yg sulung memang mcm tak dapat terima sampai dia menangis... yg lain oke diorang happy. Sya pun pigi pujuk yg sulung... bagitau setiap anak ibu ayah yg Allah bagi, diorang lahir dengan membawa rezeki yg tidak dijangka. Mcm yg sulung ni baru sebulan sya beranak mama sya dtg p tempat mentua waktu itu saya berpantang di rumah mentua. Mama bawa khabar gembira dia ckp dia terima panggilan dari jabatan kesihatan negeri sabah suruh lapor diri pada sekian haribulan (sory sya lupa tarikh) yang pasti hari tu genap 40hari umur si sulung. Semua org ucap syukur dan cakap itulah rezeki anak.sya kasi cerita la semua dari kelahiran dia dan adik adik dia ni. Last2 dia oke... paling excited ni si fikri ni... tahun ni dia masuk prasekolah. Setiap kali si fikri ni duduk dekat sya mesti dia pegang perut ni yg sudah mencecah 6 bulan lebih. Dia akan gosok2 dengan geram sambil kata "adiiiik adiiik" mungkin dia cuba berkomunikasi dengan adik dia ni.hihihi

Oke kali ni en.hubby akan ikut masuk dlm labour room... sebelum ni dia nda ikut sebab dia cepat pitam kalau nampak darah. Jadi nda la sya paksa. Yg ni dia cakap juga macam tu tapi sya bilang bukan ko yang sambut baby tu.. ko bediri di sebelah sya saja bha. Terus dia ckp oke lah.. biar dia nampak macam mana kita yang wanita ni betarung nyawa mo lahirkan anak untuk dia. Sya tanya di klinik macam mana mo join tu father friendly itu nurse di klinik cakap kena daftar di hospital tempat kita mo beranak tu. Kalau di KK ni sana Hospital Wanita dan Kanak kanak Sabah Likas. Sya pun telefon la sana hospital dan minta sambung pigi klinik O&G  tanya apa prosedur untuk join ni father friendly... itu nurse pun cakap kena daftar selewat lewatnya 2-3bulan sebelum tarikh bersalin. Sya kestau la sya bersalin hujung bulan mac tu nurse cakap ada kosong lagi untuk ceramah dan juga senaman. Cuma dua kali saja.ceramah sekali senaman sekali tapi laki bini kena hadir sama2 la. Temujanji sya untuk dua dua tu nanti bulan februari kena buat hari sabtu. Hmmm macam sya nda sabar ooo hehehehe sedangkan sya suda rasa bedebar debar apa lagi laki sya kan?

Anak sulung tahun ni tahun UPSR jadi kerja kerja di rumah dia kena kurangkan dia kena konsentret belajar. Walaupun tugas2 memasak dia yg buat bila sya p kerja tapi yang lain sya memang suda bagi bagi adik dia buat masing masing ada tugas di rumah kecuali bila hujung minggu atau hari sya cuti memang kerja rumah sya la yang buat.

okelah itu saja la buat masa ni... nanti sya tulis lagi... cepat pula mengantuk sekarang ni... layan tidur lu kijap. Bye semua.... enjoy tahun baru kamurang kio.....

Pesan EpZ: anak anak penyeri hidup rumahtangga... didiklah mereka sayangila mereka disiplinkan mereka dan paling penting ajar anak2 memasak terutama yg anak perempuan.kesian bakal suami nnti dpt bini nda pandai memasak. Hihihihi.������

No comments:

Sun