Tuesday, July 29, 2014

Buah pertama di kebun si ennor.

Assalamualaikum semua....
Sebelum tu saya mau ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Pagi tadi saya melawat kekebun saya almaklumlah dari malam takbir sampailah malam semalam di Tuaran ni hujan lebat sekejap berhenti sekejap.
Masuk saja terus saya mengucap syukur kehadrat Allah s.w.t sebab buah peria saya menjadi. saya memang suka makan peria sama ada sebagai ulam atau tumis saja dengan telur.

Haah tiang untuk support pokok peria saya tu pula bekas katil besi anak2 yang sudah rosak.Jadi, saya ambil untuk letak di pokok peria. Pada mulanya kami suami isteri mau jual sama tauke besi buruk tapi tiada transport yang boleh angkut barang ni.

Anak-anak pun excited nampak buah peria tu berbuah. Si Nurul cakap 'ibu nanti buat ulam peria?' memang dia ni suka makan ulam peria lebih lebih lagi letak lada padi pedas2. Hihihi insyaallah nak kalau jadi buah tu. Ibu buat juga....

Pesan EPZ: yakin pada diri sendiri berdoa kepada tuhan agar rezeki murah....

Friday, July 25, 2014

Raya 2014

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.....Lama betul tidak mengepost...apa khabar semua blogwalker? harap sihat saja di bulan Ramadhan ni. pejam celik pejam celik hari ni 27 Ramadhan suda kan?

Alhamdulillah tahun ni tahun ke-2 kami beraya di rumah sendiri selepas rumah siap sepenuhnya tahun lepas.

Tidak macam sebelum ni, semua beli siap sedia.dari kuih raya sampai perhiasan rumah. Tapi tahun ni myhubby mau semua adalah hasil tangan bininya ni.
Salah satunya langsir ni la... ni la first time saya jahit langsir. Dia komen 'okelah walaupun tidak secantik buatan kedai tapi puas hati sebab jahit sendiri.'

simple saja ni...sebab belum berapa campin lagi.InsyaAllah lepas ni boleh la belajar perlahan lahankan?

pesan Epz: InsyaAllah kalau permohonan pindah saya ni diluluskan dari KK ke Tuaran banyaklah masa sya di rumah.

Sun