Monday, January 18, 2016

Maaf Lama tak update blog

<3 Assalamualaikum <3

Apa khabar semua... Selamat tahun baru 2016 (harap belum terlambat)
Maaf sebab lama tak update blog kan?
Harap semua faham...
Last update blog pada tahun lepas... 30.12.2015
cerita Anak saya masuk kecemasan...
selepas saja saya siap blog tu...
tiba-tiba husband called dia bagitau saya untuk ambil emergency leave.

Ambil masa lebih kurang 30-45 minit perjalanan dari KK ke Tuaran tanpa kesesakan jalan.
Sampai di Kecemasan Hospital Tuaran bincang dengan doktor, jantung Nurul bengkak dan paru-paru ada air sikit.
Malam itu juga kami kena bawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan dia ditahan di Wad Pediatrik Kardiologi.
Disana dia dirawat dan dijaga dengan penuh dedikasi dan kasih sayang oleh kakitangan wad tersebut terutama sekali Dr.Farul, Dr.Siva, Dr.Amabell, Sister Nor Rita, SN Jenifer, SN Vino, SN Brabara (maaf kalau salah eja nama) SN... errr ramai lagilah tapi tak ingat sangat nama diorang...
Sampailah minggu lepas 14/01/2016 barulah Nurul discaj dari wad. Sekarang ni pun mana dia dapat pegi sekolah doktor bagi cuti dari 04/01/2016 sampai 24/01/2016. Ubat saja untuk dua minggu dia di rumah, ada Aspirin, Pantoprazole, Digoxin, Omeprazole dan Enalapril. Satu lagi antibiotik dia Penicillin G yang ini dia kena suntik setiap bulan. InsyaAllah kalau tiada halangan selepas Nurul UPSR barulah akan dibedah untuk tukar injap ini pun cadangan Dr. Farul sebab dia mahu Nurul duduk exam dulu. Masa di wad pun doktor tu suruh Nurul buat kerja sekolah dia bagi Nurul buku latihan untuk buat latihan matematik dan doktor tu yang periksa sendiri. Jangan ingat kena tahan di wad, boleh escape dari kerja sekolah...

Paling saya rindu di ward tu, baby boy nama Vinnielson ataupun si Dede. Dede ni ada penyakit jantung berlubang dan pada 20/01/2016 nanti dia dan mamy dia akan terbang ke KL untuk menjalani pembedahan jantung di Gleneagel Hospital pada 22/01/2016 semoga Dede diberkati dan semoga pembedahannya berjalan dengan lancar. Sama-sama kita berdoa untuk Dede. Amin...

Pesan EpZ : Tidak tahan saya sejuk aircond di wad tu... nasib baik saja air paip diorang panas. Tapi tidak selalu panas kalau sudah sejuk sejuuuuukkkkk brrrrr...

No comments:

Sun