Monday, March 14, 2016

Nurul tetap akan dibedah tahun ini juga.

<3 Assalamualaikum...<3

Apa khabar?
Harap semua sihat-sihat... InsyaAllah..
Alhamdulillah...

Lama tak update blog Ennor ni kan?
Minta maaf.... Gomenasai *tunduk hormat*

Rasanya nak start cerita tentang perkembangan kesihatan anak saya si Nurul a.k.a Nonon.
Anak saya yang mengidap penyakit CRHD (Chronic Rheumatic Heart Disease)
Minggu lepas dia ada temujanji dengan doktor pakar Pediatrik Kardiologi di 
Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu.

Kami, (saya dan suami) memang sudah sedia maklum yang pembedahan dia tetap akan
dijalankan dalam tahun ini juga. Sebab doktor cakap 90% injap jantung dia sudah rosak.
Sebelum ini dia makan Penicillin setiap hari sekali sehari.
Tapi, selepas dia admit 3 minggu di wad pada awal tahun ini doktor bagi dia 
suntikan Penicillin (antibiotik yang lebih kuat) sekali setiap 4 minggu.
Minggu lepas sepatutnya dia diberikan tarikh pembedahan. 
Memandangkan pakar bedah kardiotorasik dah habis klinik dan sedang buat ward round,
temujanji dengan pakar kardiotorasik di buat pada hujung bulan Mac ini. 

Doktor si Nurul cakap,
"Kalau pakar kardiotorasik bagi tarikh operation kamu ikut saja. Sebab jantung Nurul ni memang
 sangat-sangat rosak sudah. perlu pembedahan segera pada bila-bila masa saja"
Sudahnya, suntikan Penicillin dia sekali setiap 3 minggu. Kesian punggung anak jadi lebam.

Macam mau luruh jantung saya. Dapat saya bayangkan badan Nurul yang kurus ni 
berbaring helpless di atas katil bedah buat pembedahan terbuka.
Saya dapat rasakan betapa sakitnya kulit dia dipotong, tulang rusuk dia dipisahkan. 
Jantung...... dibelah untuk tukar injap....
=_='
Tidak tahu lah berapa jam pembedahan ini akan berlangsung.

Setiap kali memikirkan pasal tu, mesti rasa rawan ni hati... 
Kesian sama anak yang masih kecil sudah diduga ujian macam ni.

Bukan senang jadi seorang ibu yang tabah kalau sudah membabitkan kesihatan anak.

Pesan EpZ : Saya akan update tentang kesihatan Nurul.InsyaAllah.

4 comments:

Eintan Nurfuzie said...

diharap semuanya bjalan lancar.. amin.. nnti update pkmbgn tbaru ye

Ennor Plenetzurah said...

@Eintan Nurfuzie Terima kasih Intan... InsyaAllah...

Mrs Dee said...

Syafakallah buat anak nor,,kuatkan semangat ya, serahkan segala urusan kepada Allah dan inshaAllah urusan nor sekeluarga akan dipermudahkan Allah. InsyhaAllah kalau nor kuat semangat pasti anak nor akan lebih kuat. Aminnn.

Ennor Plenetzurah said...

@Mrs Dee terima kasih... InsyaAllah... Amin....

Sun