Monday, April 11, 2016

Keadaan kesihatan Nurul turun naik

<3 Assalamualaikum <3

Salam hari isnin...

Hari ni Ennor nak kongsi cerita sikit. Pasal anak-anak...
Terutama sekali tentang kesihatan terkini si Nurul
Semua pun tahu kan yang si Nurul akan di bedah pada bulan Ogos tahun ni.

Ibu bapa mana yang tidak berasa risau dan berdebar menunggu hari pembedahan anak. Nurul akan dibuat pembedahan terbuka iaitu pembedahan jantung. Injap dia akan doktor bedah 'baiki' dulu dan kalau tidak dapat dibaiki barulah doktor akan terus menukar injap dia.

Kerosakan injap jantung Nurul semakin teruk.
*Sumber gambar daripada Google image.

Imej injap jantung di atas menunjukkan injap jantung normal dan imej injap jantung di bawah tu pula menunjukkan injap jantung yang rosak.
Boleh nampakkan perbezaan dia? 
Buka tapi tidak buka sepenuhnya. Tutup pula tidak tutup sepenuhnya.
Ini akan menyebabkan darah yang membawa oksigen tidak masuk semua dan membawa masuk semula darah yang mengandungi kandungan karbon dioksida. 
Inilah yang menyebabkan pesakit akan mengalami simptom cepat penat dan sesak nafas.

Hujung minggu lalu, keadaan kesihatan Nurul biasa saja. Cuma, dia kurang selera makan dan letih. Mungkin disebabkan oleh cuaca panas dan berjerebu. Rumah kami pun bukan ada penghawa dingin memanglah rasa panas. Saya letakkan sebesen air ais depan kipas dan suhu dalam rumah menurun. Nurul pun rasa selesa. Saya buat sambal belacan mangga dan terus saja selera Nurul naik. 
Lepas makan dia senyum-senyum dan mengadu terlampau kenyang. 
Nurul Nurul...... #:-s
Semalam masa ayah Nurul pulang rumah saya bagitau yang Nurul kurang selera makan dan batuk-batuk. Ayah Nurul cakap, mungkin dia risau pasal pembedahan dia. mungkin juga kan? Sedangkan saya pun rasa berdebar-debar. Apa lagi dia yang akan hadapi semua tu. Tapi saya belum sempat bincang dengan Nurul pasal ni. Pagi tadi pun masing-masing kami sibuk bersiap. Nurul dengan adik beradik dia sibuk nak pergi sekolah. Kami pula laki bini jam 6 pagi dah bergerak pergi kerja.

Oke lah rasanya itu saja untuk hari ni....
Wasalam.... @);-

Pesan EpZ: Jangan abaikan perasaan anak-anak. Tapi kadang-kadang diorang yang tidak mau kongsi masalah dengan kita.... Sebab apa ya? 

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun