Tuesday, April 05, 2016

Teringin pula mo pigi hiking sama anak-anak.

<3 Assalamualaikum <3

Selamat hari selasa..

Hari ini Ennor mau cerita sikit...
Ennor ni membesar di Ranau Sabah..
Tinggal di kawasan bukit.
Disana kalau waktu pagi masa matahari terbit memang cantik.
Saya pernah gambarkan suasana tu disini.
Kalau berjoging awal pagi disana memang seronok ditemani dengan kepulan kabus dan angin pagi.
Tapi apa pun saya memang suka berada di atas bukit.

Saya ada baca blog seorang blogger ni CikYanie dia cerita pasal pergi naik bukit.
Okeee... kawasan bukit dia pergi ni semuanya ada di sekitar kawasan tempat saya tinggal.
Nampak saja gambar-gambar tu... gataaallll betul hati saya sama ni tapak kaki saya mau pergi ni tempat.
Tapi, saya tidak mau pegi saturang. Saya mau bawa satu family, suami dan anak-anak.
Memandangkan si Nurul confirm tidak boleh pigi sana, maka saya dengan redha memendamkan saja niat saya.
InsyaAllah lepas saja pembedahan Nurul dijalankan, dan sihat selepas 6 bulan kami akan menawan puncak-puncak bukit yang ada.
Saya selalu cerita sama anak-anak saya memang seronok berada di atas bukit. Paling best piknik tanpa gajet. Maksud saya, masa pigi piknik atas bukit tu, jangan sibuk mau online juga. Jangan sibuk melayan laman sosial atau internet hilang keseronokan dia.

Ya! satu hari nanti saya akan bawa anak-anak pigi hiking.
Sebenarnya memang itu impian saya masa si Fikri masih kecil.
Saya target kalau Fikri sudah masuk sekolah, saya akan bawa anak-anak hiking di hutan dan naik bukit.
Memandangkan si Nazri ada... jadi, saya tunggulah Nazri besar sikit dan si Nurul sudah buat pembedahan. 
Sekarang ni Nurul belum boleh buat aktiviti lasak macam ni.
Tunggulah mungkin tahun depan... InsyaAllah....

Pesan EpZ : Sebagai seorang ibu, keinginan dan impian anak-anak yang di dahulukan. Impian ibu itu sendiri akan di tunaikan selepas anak-anak dah besar dan boleh berdikari. Begitu itu kan?

2 comments:

  1. @Cik Yanie iya bha Yanie.... Tapi tunggu si Nurul sihat2 dulu baru boleh jalan naik bukit.

    ReplyDelete

Komen yang baik2 saja dan mudah difahami...

Sun