<3 Assalamualikum <3
Petang ni Ennor mau review satu movie Jepun.
Hari tu Ennor ada janji kan di post SINI mau review movie ni...
Hari tu Ennor ada janji kan di post SINI mau review movie ni...
Sepa sini yang pernah tengok drama 1 litre of tears (1 Litre no Namida)Cerita ni berkisarkan dari kisah benar.di mana seorang remaja Ikeuchi Aya berumur 15 tahun yag sangat pintar dalam akademi dan aktif dalam sukan bola keranjang.
Keluarganya mempunyai sebuah kedai membuat dan menjual tauhu.
Dalam kegembiraan menempuhi hidup sebagai seorang remaja ceria Aya telah mengidap satu penyakit yang pada masa itu memang tiada penawar. Penyakit yang dipanggil spinocerebellar degeneration
di mana penyakit ini menyebabkan sistem motor otak kita semakin hilang fungsi.
Ibu Aya perasan akan perubahan anaknya itu. Aya pula tidak mengesyaki apa-apa. Bila satu hari Aya hilang pertimbangan dan jatuh tanpa dapat mengawal badan dia. Dagu Aya luka ibu bapanya terus membawa Aya ke hospital untuk pemeriksaan. Ibu Aya yang berpengalaman sebagai seorang jururawat (bekas) tahu akan perubahan fisiologi anaknya. Setiap kali Aya dibawa ke hospital dan doktor membuat pemeriksaan dan akhirnya Aya disahkan penyakit Spinocerebellar degenaration. Doktor yang merawat Aya menyarankan Aya untuk menulis sebuah jurnal tetapi Aya tidak tahu macam mana. Jadi Doktor tu cadangkan Aya menulis sebuah diary. Diary Aya telah diterbitkan dan dijual. Aya menulis sehingga dia betul-betul tidak boleh menulis, berjalan, makan sendiri pendek kata tidak boleh mengurus diri sendiri termasuklah tidak boleh bercakap.
Macam mana Aya menerima hakikat tentang penyakit ini? Apa reaksi bapa Aya dan adik-adiknya?
Kalau Mau tahu boleh kita tengok sini 1 Litre of Tears full episode tu.
Part yang paling Ennor sedih masa Doktor memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa dan Aya tentang penyakitnya tapi Aya memang tahu dia ada penyakit tu. macam mana dia tahu? sendiri lah kamu tengok.
Ini pula kesinambungan selepas beberapa tahun kematian Aya.
1 Litre of Tears (Special)
Adik perempuan Aya, Ikeuchi Ako menjadi seorang jururawat. Kawan Aya, Haruto Asou menjadi seorang doktor di hospital dan berusaha mencari penawar untuk penyakit yang Aya alami. Tapi movie ni lebih kepada flashback. Disana lah kita tau betapa Asou ni sangat menyayangi Aya dan merindui suara Aya.Biarpun dia tahu Aya sudah 'tiada' dia masih lagi mendail nombor telefon Aya. Dalam hospital dia dan Ako bekerja, ada seorang remaja yang mempunyai penyakit yang sama, dan dia seperti putus asa untuk hidup.
Oke tengok disini saja lah
Klik gambar di bawah terus dapat tengok tu.
Pesan EpZ : dia punya drama yang betul-betul buat Ennor menangis...Part bapa Aya menangis... Habis tuala jadi mangsa.. huhuhu
Dah tengok jugak. Menangis tgok drama ni :') Sebab based on teru story kan. kesian laki tu. Dia syg sgt dkt aya. Tapi ayah aya nangis buruk. hahahaha . Tapi penagorbanan parents aya, Ain kagum sangat. Sanggup buat apa je untuk anak dorang. Aya pun tak patah semangat
ReplyDeleteSaya dah tgk jugak. Lama dah drama and movie nie . Sedih nangis but jadi my one of fav japan movie and drama =)
ReplyDeletemuvie lama bah kan ni..macam pernha tinguk tp lupa ..hihih
ReplyDelete@nadiah izzaty Memang sedih sangat... menangis sambil lipat kain Ennor masa tu...
ReplyDelete@Unni Anje Ya Unnie... muvie lama tu pun dapat copy dari kazen... tengok sampai habis... bila asben pulang heran dia tengok mata sya merah ni... hahaha
ReplyDeletecerita apa ya?
ReplyDelete